Saturday, March 5, 2011

Orang Asing : yang Masuk secara halal & haram pon dah dekat 3 juta orang skrg 'kabinet' lulus lagi 45ribu...

Kemasukan 45,000 pekerja asing keputusan Kabinet, kata Subra

March 03, 2011

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata pengumuman berhubung kemasukan 45,000 pekerja asing dari India yang dibuatnya Ahad lepas, adalah berasaskan kepada keputusan Jemaah Menteri.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata masih terlalu awal untuk menyatakan kerajaan akan meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

Katanya kementeian memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara termasuk sama ada jumlah itu tepat atau tidak serta di sektor-sektor mana pekerja asing itu akan ditempatkan.

Dr Subramaniam berkata sejumlah 52 sektor industri penting berdepan cabaran berikutan ketiadaan tenaga kerja dan sekiranya senario itu berterusan, mereka terpaksa berhenti beroperasi.

Kata beliau, masalah serta halangan yang dihadapi sektor industri berkenaan telah dibawa ke perhatian kerajaan sejak setahun lepas, dan isu kekurangan tenaga kerja kerap dibincang dalam mesyuarat kabinet sejak kebelakangan ini.

“Proses memberi kelulusan untuk pekerja asing ini adalah dengan mengambil kira keadaan sektor-sektor kritikal. Pelaksanaan keputusan ini akan dibuat oleh proses yang telah ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah semalam, Hishammuddin berkata dasar pengambilan pekerja asing, tidak kira dari Negara mana sekalipun, berkisar kepada keperluan industri.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah cadangan pengambilan 45,000 pekerja asing tersebut kerana ia akan menyebabkan pekerja tempatan dipinggirkan daripada pasaran buruh.

Naib presidennya, A. Balasubramaniam berkata kerajaan juga perlu berhati-hati kerana jumlah pekerja asing yang begitu ramai akan turut memberi kesan terhadap gaji pekerja tempatan.

Beliau berkata kerajaan kini dalam proses memperkenalkan polisi gaji minimum, oleh yang demikian, pengambilan pekerja asing berkenaan sepatutnya ditangguh sehingga majlis gaji ditubuhkan.

Balasubramaniam mengulas pengumuman Subramaniam bahawa kemasukan pekerja dari India itu adalah bagi mengisi kekurangan dalam 13 jenis perniagaan Persatuan Peniaga-Peniaga India Malaysia.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia sepatutnya menjalankan satu kaji selidik secara menyeluruh bagi menentukan jumlah sebenar pekerja yang diperlukan dalam setiap sektor.

Beliau berkata kerajaan juga perlu mendapatkan data daripada kesatuan sekerja sebelum meluluskan permit pekerja asing dan MTUC sepatutnya berada dalam jawatankuasa kelulusan itu.

1 comment:

  1. Warga asing dialu2kan datang mencari kekayaan. Tp rakyat kelantan yg merantau di luar Kelantan, dianggap menyibuk dan dianggap satu masalah sosial yg terbit dari Kerajaan PAS Kelantan. Walhal, semasa zaman UMNO perintah Kelantan, ramai dah rakyatnya yg merantau...

    ReplyDelete