GUAR CHEMPEDAK: Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) perlulah memainkan peranan penting dalam menerima setiap aduan daripada rakyat terutama melibatkan golongan miskin dan ibu tunggal untuk dikemukakan kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, MKK juga perlulah menggerakkan tanggungjawab dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Penghulu Mukim dan pengetahuan Pegawai Daerah.
“MKK perlu memantau dan melaporkan kemajuan projek-projek pembangunan dalam kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Pemantapan Institusi MKK/Ketua Komuniti Peringkat Daerah Yan Tahun 2011 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini.
Amiruddin memberitahu, MKK juga perlu mengambil maklum atau melaporkan sebarang masalah yang berkaitan di peringkat kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah untuk tindakan selanjutnya.
“MKK juga boleh mencadangkan projek-projek pembangunan yang diperlukan untuk kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” ujarnya.
Tambahnya, MKK perlu mengumpul dan menyediakan profil kampung/komuniti untuk dikemukakan kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” katanya.
“MKK juga berperanan dalam membantu Penghulu Mukim dalam proses daftar Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Kedah Darul Aman (e-Sinar) dan lain-lain program pembasmian kemiskinan,” jelasnya.
Beliau berkata, MKK juga perlulah memainkan peranan dalam usaha membantu meningkatkan kemajuan kampung/komuniti.
“Tanggungjawab MKK amat penting dalam bersama-sama menjayakan setiap program atau aktiviti yang dijalankan di setiap kampung atau komuniti,” ujarnya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Yan, Encik Zahari Ismail.
Beliau berkata demikian pada Program Pemantapan Institusi MKK/Ketua Komuniti Peringkat Daerah Yan Tahun 2011 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini.
Amiruddin memberitahu, MKK juga perlu mengambil maklum atau melaporkan sebarang masalah yang berkaitan di peringkat kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah untuk tindakan selanjutnya.
“MKK juga boleh mencadangkan projek-projek pembangunan yang diperlukan untuk kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” ujarnya.Tambahnya, MKK perlu mengumpul dan menyediakan profil kampung/komuniti untuk dikemukakan kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” katanya.
“MKK juga berperanan dalam membantu Penghulu Mukim dalam proses daftar Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Kedah Darul Aman (e-Sinar) dan lain-lain program pembasmian kemiskinan,” jelasnya.
Beliau berkata, MKK juga perlulah memainkan peranan dalam usaha membantu meningkatkan kemajuan kampung/komuniti.
“Tanggungjawab MKK amat penting dalam bersama-sama menjayakan setiap program atau aktiviti yang dijalankan di setiap kampung atau komuniti,” ujarnya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Yan, Encik Zahari Ismail.
1-prihatin dan membantu golongan miskin perlu menjadi keutamaan
ReplyDelete2-mengenai ibu tunggal,perlu penerangan yang lebih jelas,apakah kretiria yang melayakkan mereka diberi bantuan.tidak semestinya bila bernama ibu tunggal,bantuan terus diberi.
3-kerajaan negeri pula jangan sekadar minta MKK lakukan ini,lakukan ini,tetapi apa yang MKK lakukan kadang kadang sekadar memenuhi senarai pemuhunan,tidak ada tindakan.Kalau ada pun amat lama masa diambil.
4-MKK adalah ejen masyarakat.Kalau ejen sendiri diabaikan,bagaimana MKK nak berfungsi.Elaun depa (MKK) tak seberapa,tapi dihimpun dan dibayar semacam taukeh yang amat sengkek.Duit minyak guna sendiri,bukan bolih claim.
5-Ada EXCO yang cakap tak sama apa yang di lakukan dan ada pula EXCO yang sanggup berkorban(kalau orang tua tua kata,hingga tinggai seluar dalam).So,to be fair lah dalam semua tindakann.
6-Aku akui ada setengah kawasan dah nampak ada perubahan terutama jalan jalan banyak yang telah dibaiki,tapi jangan ia terhenti begitu saja.
7-umno pula sebok dengan edaran makalah memperlekehkan kerajaan negeri kerana "boros".diselerakkan disemua tempat.risalah HARAM mengatasi haramnya BERSIH 2.0.
antara tindakan borosnya ialah "mengadakan mesyuarat persatuan peladang di indonesia".
eh eh eh nanti sat nak check
opp persatuan peladang BOD dia orang umno rupanya.