Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan.
"Tidak cukup untuk hanya mengesahkan ia (video) itu tulen ataupun tidak. Kita mesti kenalpasti individu dalam video itu.
"Kita tidak boleh terburu-buru... ataupun kita akan dituduh (sebagai partisan)," katanya
Menurut Nazri jika siasatan tidak dijalankan secara terperinci dan tergesa-gesa, ia akan menjejaskan kerajaan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, membidas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.
"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya.
Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Mohamed Nazri untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang didedahkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T.
Najib berkata kebiasaannya Pakatan Rakyat akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.Mengulas perkara itu, semalam Anwar berkata Suruhanjaya Diraja hanya membazirkan masa.
"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya.
Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
memanglah video tu asalnya tulen,tapi la ni dah jadi tak tulen pula.
ReplyDeleteblogger umno dah kantoikan projek dato 3 t
cara BN buat fitnah... Video seks
ReplyDelete1) mula2 Che Det buat cite 'Anwar' melanggan pelacur semasa jadi TPM
2) Datuk T dedahkan video seks 'Anwar'
3) KP Polis sahkan video tulen
4) Video seks diuploadkan di internet
5) Masuk makamah
6) tangkap DSAI
semua nie rancangan fitnah mereka yg penuh hasad dengki dan dendam.
cara BN fitnah... kes liwat
1) Ezam masuk BN
2) Ezam cite Anwar mengamal seks luar tabii
3) Saiful buat laporan yg dia di liwat Anwar
4) Masuk Makamah
5) kantoi pasal DNA
6) hang sambung sendiri la...