Monday, January 24, 2011

Edaran Kad Tahun Baru Cina MB , MP Jerai & Buah Limau Kawasan Jerai




Pada tarikh 24, 25 dan 26 Januari 2011, sempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina yang akan di sambut oleh Kaum Tionghua, satu program edaran buah limau dan edaran kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina oleh YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abd Razak selaku Menteri Besar Kedah serta YB Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus bin Jaafar diadakan. Program ini merupakan anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Jerai, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dengan kerjasama Majlis Ketua Kampung (MKK) yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Program ini bermula di DUN Gurun, Sg. Limau & Guar Chempedak yang meliputi premis-premis perniagaan di dalam pekan. Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Mohd Firdaus bin Jaafar di iringi Pegawai Khas Kawasan YAB Menteri Besar, Encik Muzaini bin Azizan serta MKK sempat meluangkan masa menyampaikan buah limau serta kad ucapan sambil beramah mesra dengan kaum tionghua dan masyarakat setempat di sekitarnya. Setiap penerima sumbangan ini merasa amat bertuah dan gembira dengan kehadiran Ahli Parlimen Jerai serta pimpinan masyarakat yang bersama-sama meraikan kedatangan Tahun Baru Cina.

Ini adalah merupakan acara tahunan PAS kawasan serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerai. Program ini dapat merapatkan lagi hubungan diantara kaum tanpa mengira fahama politik dan agama.

PKWR Jerai

1 comment:

  1. BN/UMNO guna MCA buat kerja sia-sia,untuk menghancurkan PR(PAS)
    kerja yang membinasakan diri sendiri!!!

    ReplyDelete