Thursday, January 20, 2011

Hangpa nak kata apa kata laa..aku pedulik apa...

Rosmah tidak risau dengan pengkritik

MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama

3 comments:

  1. Hebat,memang hebat Rosmah Mansor ni.Tok Arab pun kalut nak jemput dia bagi ucaptama.Kalau dia ni pergi kerana dijemput,jangan pula hampa nak pertikai belanja yang dikeluarkan.Tentu minyak kapal terbang dan sewa hotel serta semua jadual ditanggong olih Tok Arab.Duit rakyat Malaysia satu duit pun dia tak guna.
    Memang hebat Rosmah Mansor.Tapi hebat lagi APCO.

    ReplyDelete
  2. aku betul2 tak faham.. apa pekdahnya rakyat malaysia dapat Rosmah ke luar negara, dia bukan menteri kabinet pun.. perabihkan duit rakyat, pas tu rakyat tanggung beban bila pak najib pulak naik kan harga barang.. sebab nak cover kos yg berjuta-juta yg diperabih oleh si rosmah.. damn you, fuck you lah bik mama!!!!

    ReplyDelete
  3. Tak takdak ka menteri pompuan... dia bukan menteri pun... yg sibuk ememacam tue kejadahnya... dia cuma bini PM, xdak kuasa melainkan kepentingan sendiri... Mana pi pok Jat, Yen yen dsbgnya tue..

    ReplyDelete