
Pertembungan yang berlaku bukan sekadar hanya bersifat kepentingan peribadi, ianya melibatkan amanah yang dipikul dan janji yang menjadi pertanggungjawaban.
Dengan jelas, YB Dato' Mahfuz menyatakan beliau tidak menentang perlantikan IJM Corp.; sebalik beliau tidak boleh bersetuju dengan kaedah perlantikan yang diguna-pakai kerana bertentangan dengan polisi (dasar) yang diputuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS yang mana beliau adalah Naib Presiden dan Tim. Pesuruhjaya (2) PAS Negeri Kedah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen, berusaha mempertahankan prinsip ketelusan yang diperjuangkan di Dewan Rakyat dan harus diaplikasikan disemua peringkat.
Dato' Jahubar Sathik sewajarnya akur dengan polisi (dasar) kerajaan yang memerintah agar semua projek-projek dilaksanakan secara 'Tender Terbuka'. Beliau mungkin mempunyai alasan atau hujah dari sudut pengurusan korporat atau perniagaan. Akan tetapi, tenyata polisi(dasar) ini di-ingini oleh majoriti rakyat Kedah dengan memilih Pakatan Rakyat yang secara jelas menggariskannya didalam manifesto mereka pada PRU12 yang lalu.
Siapa Dato' Jahubar Sathik yang hendak mengetepikan polisi (dasar) ini? Beliau sendiri dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan polisi (dasar) ini dalam urus-tadbir korporat dan perniagaan GLC yang dibawah tanggungjawab beliau, ironinya beliau bertindak secara kontra, mengapa?
Beliau memang dilihat begitu pengaruh sehingga berupaya untuk menapis serta menolak penama-penama yang di tetapkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk Bina Darulaman Berhad dan subsidari yang lain.
Dato' Jahubar merupakan GMD Bina Darulaman Berhad yang paling mewah berbanding yang sebelum daripada ini. Disamping gaji dan elaun bulanan yang mencecah RM30,000 sebulan, beliau juga dibekalkan dengan tiga (3) buah kereta rasmi ( Perdana V6 Executive, Pajero Sport KCV 4455 dan Toyota Camry 2.4 dengan no.pendaftaran peribadi KCQ 7'786' ). Dimaklumkan bagi tahun kewangan 2010, beliau telah mendapat imbuhan bonus tahunan yang melebihi tiga (3) bulan gaji (
Hatta keikhlasan seorang pejuang menegakkan yang hak seperti Mahfuz pun dinafikan. Konsep menghalalkan cara makin mekar didalam PAS Kedah, mengikis prinsip perjuangan menegakkan yang hak yang menjadi asas perjuangan.
ReplyDeleteSiapakah Jahubar sebenarnya? Ironinya, pengaruh beliau mengatasi keikhlasan pejuang seperti Mahfuz.