Saturday, January 22, 2011

kepada Geng KOLA hangpa pie 'skodeng' sat puak-puak anak haram nie..!!

Pemandangan pantai tercemar

KUALA KEDAH - Sebut sahaja daerah Kuala Kedah pasti ramai yang akan membayangkan jeti untuk ke Pulau Langkawi dan pemandangan tepi laut yang sememangnya menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai melihat matahari terbenam itu sememangnya menarik perhatian pelancong apatah lagi dapat melihat pemandangan laut yang merupakan laluan ke Pulau Langkawi.

Namun di sebalik keindahan tersebut, kawasan itu turut dicemari bukan sahaja dengan bungkusan makanan yang dibuang malahan Sinar Harian turut menemui coli yang terselit di celah batu kerana ia turut menjadi lokasi pelepas nafsu.

Pengunjung, Mohd Akmal Zulkif Ahmad Jamil, 26, berkata, dia sering menjadikan kawasan itu sebagai lokasi memancing pada waktu petang sehingga malam.

Menurutnya, sewaktu memancing dia sering terlihat pasangan remaja menjadikan lokasi itu sebagai tempat untuk mereka berdua-duaan tanpa menghiraukan pengunjung di sekeliling.

“Kawasan ini gelap terutama pada waktu malam, jadi peluang yang ada itulah mereka gunakan untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

“Kadangkala saya teringin untuk membawa keluarga melihat pemandangan di sini, namun saya merasakan ia tidak sesuai apabila adanya golongan yang tidak bertanggungjawab melakukan maksiat di tempat terbuka,” katanya.

Mohd Akmal berkata, kawasan itu tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja oleh pihak yang bertanggungjawab kerana ia mampu menjadi daya tarikan pelancong.

Menurutnya, kesedaran dalam kalangan masyarakat juga perlu terutama bagi membanteras golongan yang gemar menjadikan lokasi itu untuk melakukan maksiat.

Bagi Ibrahim Zakaria, 43, kawasan yang bersebelahan dengan bangunan Marina Harbour yang turut dikenali dengan Pantai Leman seharusnya dipelihara dan selenggara dengan baik bukannya dibiarkan begitu sahaja.

Menurutnya, lampu perlu diletakkan di kawasan berkenaan supaya kawasan itu lebih terang dan sekali gus dapat mengelak golongan tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan maksiat.

“Rondaan daripada pihak berkuasa juga perlu dilakukan bagi memantau kegiatan maksiat di kawasan ini kerana saya yakin apabila tindakan itu diambil kegiatan ini dapat dibanteras.

“Pihak bertanggungjawab seharusnya peka dengan masalah ini kerana jika dibiarkan ia akan menambahkan lagi masalah sosial dalam kalangan remaja di kawasan tersebut,” katanya.

Menurutnya, selain daripada kegiatan tidak bermoral, pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya mengambil inisiatif meletakkan tong sampah di kawasan berkenaan sebagai kemudahan kepada pengunjung.

No comments:

Post a Comment