
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, aktiviti untuk menyuburkan perpaduan dan menyemarakkan hubungan antara kaum amat penting untuk memastikan kemakmuran negeri terus dicapai.
“Sebelum ini saya sudah umumkan, dan janji itu akan ditunaikan dalam masa terdekat. Kerajaan Negeri bersetuju mengagihkan RM500,000 masing-masing kepada masyarakat Cina, India dan Siam. Keseluruhan peruntukan mencecah RM1.5 juta dan ini adalah bajet yang pertama kali diperkenalkan,” katanya.
Menurutnya, peruntukan ini akan disalurkan menerusi Exco Perpaduan, Lim Soo Nee untuk mengatur pelbagai program yang difikirkan sesuai.
“Peruntukan ini hanya untuk jalankan aktiviti bagi sepanjang tahun ini. Program hendaklah berkaitan hubungan antara kaum dan perpaduan sahaja,” katanya.
Azizan berkata, pihaknya tidak mahu peruntukan itu disalah guna bagi tujuan lain oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
“Ingin saya tegaskan bahawa peruntukan ini bukan untuk bina rumah ibadat dan sebagainya, ia hanya untuk aktiviti kemasyarakatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment