
Anwar dilapor berkata tidak ada elemen perkauman dalam novel Interlok dan menyarankan pihak terbabit dalam kontroversi berbincang menyelesaikan pertikaian.
Beliau pada masa sama menyifatkan novel itu sebagai satu karya yang baik tetapi bukan istimewa, satu kenyataan yang mengimbangi sokongan beliau terhadap novel itu.
Anwar turut menyarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kira setiap teguran berkaitan karya itu.
Walaupun muncul agak lewat, kenyataan Anwar ini meletakkannya dalam posisi yang positif selepas PAS dikritik hebat aktivis seni ekoran pendirian parti itu tidak mempertahankan Interlok walaupun pernah berpendirian tegas mempertahankan novel Shit karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.
Parti itu dikritik kerana dilihat tunduk kepada tekanan yang berasaskan politik dan sentimen perkauman kumpulan tertentu dan didakwa tidak mempunyai dasar berhubung seni dan budaya yang jelas dan konsisten.
PAS walau bagaimanapun melalui pemudanya berhasrat mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak terlibat untuk mencari penyelesaian isu kontroversi itu.
Semalam, lima persatuan termasuk Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) membuat laporan polis berhubung tindakan membakar novel Interlok oleh beberapa orang individu di Klang, Selangor.
Hari ini, Pena bersama 12 pertubuhan menyerahkan memorandum menyokong novel Interlok kepada Kementerian Pelajaran dan pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Isu Interlok turut dijangka menjadi salah satu isu dalam kempen pilihan raya kecil Tenang di Segamat, Johor bulan ini.
Posted by SiasahDaily
Sejarah tak perlu diubah semata-mata utk memenangi hati bangsa2 tertentu. Pihak yg membantah setaraf pelacur politik murahan.
ReplyDeleteinterlok,keluaran DBP cetakan pertama1971,harga asal $3,80,aku beli pada 7/5/1973 menunjukan bahawa buku ini telah lama berada dalam pasaran untuk dibaca malah ia telah diangkat untuk menerima pemenang hadiah sagu hati peraduan novel sepuloh tahun merdeka.
ReplyDeletecerita 3 kaum terbesar di Malaysia,Keluarga Seman,Keluarga Ching Huat dan Keluarga Maniam yang dipapar melalui bermula muka 169 dan berakhir muka 236.
Abdullah Hussain memulakan perjalanan keluarga ini dengan perjalanan kapal penumpang dari Nagapatam kePulau Pinang pada 1910.
Menolak buku ini atau membuang beberapa tulisan didalamnya,menjadikan buku ini cacat dalam penceritaannya.
Ini secara tidak langsong "memperleceh dan membuang"pengiktirafan Panel DBP yang dinaugi olih Kerajaan Malaysia pada 1965.
Menidak tulisan buku ini juga mempunyai pengertian sahabat kita kaum India telah mula melupakan darimana datuk nenek mereka dan budaya yang terus diamalkan sekarang berasal dan bermula.
Sesuatu yang amat baik jika mereka mula mengaku mereka adalah rakyat Malaysia dan India dan budaya serta amalan kastanya bukan lagi amalan yang perlu diteruskan.
Namun adakah ia selari dengan apa yang dilakukan olih Najib sekarang yang melantik Samy Veloo bagi meneruskan kesinambungan ini.
Perkara yang pertama sebelum Interlok ditarik balik atau dibuang muka tertentu adalah menarik balik Samy Vello daripada tugasnya sekarang.
Jika ini dapat dilakukan,susulan berikutnya hendak dikeluarkan semua tulisan yang memaparkan kekejaman komunis kerana ia libat sentiviti kaum Cina,dan tiada ulasan Melayu amok derhaka kerana ia pasti menimbul kemarahan Melayu pula.
Dan jika ini berjaya dilakukan maka akan amanlah Malaysia dengan berjayanya menjadi negara tanpa sejarah.
Nampaknya kita sudah tidak memerlukan menteri yang menjaga WARISAN BANGSA