ALOR SETAR: Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lorong Pak Mat Kastam, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, terbakar pagi 16 Januari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, beberapa bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu terbakar dipercayai akibat litar pintas.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku di Maahad yang menempat sejumlah 65 pelajar, termasuk 11 perempuan yang berusia antara 13 dan 25 tahun.
Pengetua Maahad, Mohd Rodhi Abdul Rahman, 41, ketika ditemui memberitahu kebakaran itu menyebabkan lima pelajar yang tinggal di situ tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka termasuk pelbagai kitab pengajian.
"Kebakaran itu menyebabkan kerugian kira-kira RM150,000," katanya.
Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Dr Ismail Salleh turut melawat tempat kejadian dan menyumbangkan dana kerajaan negeri kepada pihak Maahad bagi meringankan beban yang ditanggung para pelajar.
"Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu juga menyalurkan bantuan makanan, derma dan kemudahan asas kepada mereka.
"Saya menyeru kepada yang bersimpati dan orang ramai yang prihatin supaya dapat menyalurkan bantuan segera kepada mereka," katanya yang juga Adun Alor Mengkudu.
Di samping kebakaran itu, dana juga boleh membantu pembinaan asrama pelajar yang masih tergendala akibat kekangan kewangan.
Sehubungan dengan itu, Pengetuanya mengalu-alukan sokongan bantuan orang ramai yang boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di nombor 02011010080175 di bawah nama Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah dan Mohd Rodi juga boleh dihubungi di talian 019-5455285 untuk keterangan lanjut.
Sangat eloklah kita membuat sumbangan bagi tujuan yang mulia ini."Lebih baik" daripada kita "hulur" pada Sekolah Tahfiz ni daripada dok bagi "derma" pada setiap majlis ceramah yang laungkan derma kita adalah jihat.Pada aku,dulu memang yes,tapi sekarang no.Macam mana orang nak respek kalau dah jadi "pemerentah" pun masih guna ayat yang sama.
ReplyDeleteBerbalik pada sekolah agama dan kelas tahfiz.
Aku ingat ini bukan kali pertama kes kebakaran berlaku di sekolah agama dan tahfiz.Satu kajian dan pembaikan perlu dibuat.
Maaf aku kena catatkan disini.Surau tempat aku berjemaah adalah juga surau tempat budak budak tahfiz berjemaah.Aku nampak ada sesuatu yang tak kena dengan depa ini.Penilaian aku,depa hanya diajar "inti" tapi kulit tak dibasuh.Mungkin depa ni budak budak yang drop out daripada sekolah biasa dan jalan terbaik adalah dihantar kesekolah tahfiz.tapi ada juga budaknbudak yang baru berumur 7-8 tahun,namun moral permulaan tidak didedahkan,akhirnya banyak yang lebih kalut dari budak yang sekolah biasa.
Diharap soal dispilin depa kena diutamakan.
Tetapi yang terakhirnya aku tegaskan ,ilmu penghafalan depa memang aku kagum.