E-Idaman turun padang didik soal kebersihan
POKOK SENA - Bagi mewujudkan persekitaran kediaman yang indah dan bersih, syarikat pengurusan sisa pepejal, Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) dengan kerjasama Majlis Ketua Komuniti (MKK) Taman Pertama menganjurkan majlis gotong-royong di taman berkenaan.
Program itu dilakukan bagi membersihkan longkang tersumbat akibat sampah plastik makanan ringan yang dibuang oleh kanak-kanak selain semak-samun di beberapa kawasan terutamanya di sekitar padang bola.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat E-Idaman, Afzainizam Ab Rahim, berkata, pihaknya menyediakan sebuah lori bagi mengangkut sampah yang dihasilkan ketika gotong-royong itu berlangsung.
Menurutnya, bagi melancarkan program itu, pihaknya juga menyediakan 30 pekerja bagi membantu melancarkan kerja gotong-royong yang dijalankan.
“Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kami dalam membantu penduduk menikmati persekitaran kediaman yang bersih dan selesa untuk didiami.
“Kita menyambut baik usaha penduduk menganjurkan program seumpama ini kerana selain dapat membersihkan kawasan kediaman, mereka juga dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian.
E-Idaman turut menyediakan sebuah jengkaut bagi melancarkan kerja berkaitan ketika gotong-royong itu berlangsung.
Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Taman Pertama, Mohammad Abdul Kadir berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh E-Idamana.
Menurutnya, sejak 20 tahun mendiami taman perumahan itu, inilah kali pertama penduduk di situ dapat bekerjasama dengan syarikat swasta dalam menjayakan aktiviti.
“Program gotong-royong kali ini juga merupakan yang pertama dianjurkan di taman berkenaan sekali gus menyempurnakan impian mereka sejak sekian lama itu, “ katanya.

No comments:
Post a Comment