Monday, January 10, 2011

Minyak Masak Pun Tak Boleh Jaga

oleh monier mat din

Pagi tadi Ahad 10 Jan 2011, waktu pi beli barang dapur kat sebuah kedai runcit/borong di Pekan Padang Serai, Kedah, tauke tu dok buat lawak kata mungkin lepas ni minyak masak nak kena limit satu tong ka satu kilo ka satu family mcm kes gula hari tu.

Saya gelak saja lah sebab dok ingatkan dia buat lawak saja, sebab tak logik haih minyak masak nak kena catu; ya lah kat Padang Serai ni kalau hangpa lalu ikut BKE sampai Padang Meha atau pun ikut Pekan padang Serai menghala ke Baling ka, ke Sungai Petani ka hatta menghala Butterwoth sekali pun, kiri kanan hangpa boleh tengok pokok kelapa sawit sejauh mata memandang.

Pendek kata, kalau kat Padang Serai ni hatta kat Negeri Kedah ni sekalipun, hangpa boleh tengok pokok kelapa sawit merata, kalau org kata Negeri Kedah tak dak minyak masak walhal pokok kelapa sawit sepanjang jln dari Tol Bandar Bharu sampai ke Kulim sampai ke Bkt Selambau hingga ke Gurun dan merata lagu nu kiri kanan jln pokok kelapa sawit, maka tak logih haih minyak masak tak dak, umpamakan ada orang dok mai menipu kata itik mati kehausan waktu tgh dok berenang kat tepi tasik yang ayaqnya sejauh mata memandang.

Logik ka tak logik ka, maka mcm tulah ceritanya.

Rupa-rupanya Tauke tu bukan buat lawak, memang sungguh pun.

Tengahari tadi (10/1) saya pi Sungai Petani, adik saya yang dok meniaga di Pekan Sungai Petani tu habag adik kami hat sorang lagi yang tinggak di Pendang, Kedah talipon mai, dia kata kat tempat di di Pekan Jenun dan Pendang sana nu payah nak cari minyak masak, terpaksa dia lari mai ke Tanah Rancangan Felda di Kuala Ketil, Baling sebelah sini sebab di tanah rancangan rumah arwah org tua kami tu, bekalan minyak masak kat Kedai Felda kat situ setakat ni alhamdulilah masih belum terputus lagi.

Itu pun setakat hari inilah, lepas ni kalau semua anak-anak peneroka Felda yang duduk di luar mcm adik saya tu pakat berderu balik mai beli minyak kat Kedai Felda tu, esok lusa gerenti kat Tanah Rancangan Felda pun dua kali lima.

Nak jadi cerita, tat sat ni lebih kurang jam 9:30 mlm (10/1/11), adik saya yg dok meniaga di Sungai Petani tu, lepas habis niaga dia singgah pi sat di Gmart nak cari minyak masak; baru tat sat dia sms mai, dia tulis:

"Abang, Yah (nama dia) bru balik dr Gmart cri minyak..x de minyak..t.paksa beli marjerin ganti minyak".

Tu dia haih, kalut sungguh!!

Dalam pokok kelapa sawit dok melambai merata jalan pun, minyak masak boleh tak dak.

Apa punya bala la dok ada? Mana pi habis la YB-YB dan Pak-Pak Menteri yg dok ada ni. Sembang pum pang pum pang, Satu Malaysia la, Kedah Sejahtera la, Keadilan untuk Rakyat la, apa bala la, minyak pun hangpa tak boleh jaga.

Piiraahhh!!! Kentut saja lebih.

Malas nak tulis dah, lagi tulih lagi meluat dok rasa. Rakyat mcm kita ni mcm nilah dok ada, bila kena kat depa, pulun depa penaik harga, kutip cukai, bayar saman apa ke jadah lagi nu, kalau kena kat rakyat jelata mcm kes gula hari tu dan kes minyak masak tak dak ni, sampaikan ada rakyat terpaksa jadi Mat Salleh, mcm adik saya tu, terpaksa masak guna marjerin, sapa pun tak peduli.

Hampeh punya Orang Politik, semuanya sama 2x5 saja.

Tak tau nak habag mcm mana dah, ada kepala hotak hangpa pakat pikiaq lah ambik sendiri...

(Dua tiga hari lepas, isu ini sudah ada dicanangkan dlm Berita Harian)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargabawangmelambung_stokminyakmasakkurang/Article

wsl
moniermatdin@yahoo.com

No comments:

Post a Comment