Tuesday, January 11, 2011

Mufti ulas isu zina, anak luar nikah dan kehancuran moral


Ditulis oleh AMELIA HASHIM

Kenaikan harga barang menyebabkan orang ramai resah, namun bagaimana dengan pertambahan kelahiran anak luar nikah dalam masyarakat? Sewajarnya ia lebih meresahkan. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pernah melaporkan (15/4/2010) permohonan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf meningkat kepada 17,303 seluruh negara dan purata 47 orang sehari.

Ikuti wawancara Warta Darul Aman dengan Mufti Negeri Kedah Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad kepada Warta Darul Aman mengenai kes ini.


WDA: Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ yang sudi menerima kedatangan Warta Warul Aman untuk wawancara ini. Soalan pertama mengenai khalwat, kelahiran anak luar nikah dan pembungan bayi adalah rangkaian gejala sosial yang sekarang sudah sampai ke peringkat membimbangkan. Apa ulasan Dato’.

DATO’ MUFTI: Sekiranya tidak ada usaha serius semua pihak menanganinya tidak mustahil suatu hari nanti Perdana Menteri Malaysia akan terdiri daripada anak tidak sah taraf atau lebih tepat lagi anak luar nikah. Sekiranya ini berlaku bagaimana dengan kita sebagai orang Islam.

Kelahiran anak tidak saf taraf ini disebabkan beberapa fator terutama ketandusan ilmu dalam agama dan garis panduan yang berkesan untuk membina masyarakat tidak boleh lari daripada formula dan kaedah yang diguna oleh Nabi Muhammad saw.

Nabi Muhamad saw berdepan dengan masyarakat yang sangat teruk akhlaknya. Masyarakat jahiliah yang tidak ada kejahatan yang tidak dilakukan termasuklah berzina, menanam anak hidup-hidup, mencuri dan menyamun. Semua jenis kejahatan berlaku dan Nabi Muhammad saw berjaya mengubahnya dalam masa 20 tahun. Tidak sampai 23 tahun Nabi berjaya menukar persepsi masyarakat yang dahulunya jahiliah kepada Islamiah.


WDA: Sejauh mana keberkesanan garis panduan dan ajaran Islam untuk orang ramai yang disebarkan melalui media dan risalah oleh Majlis Agama Islam dan adakah berkesan sampai kepada sasaran?

DATO’ MUFTI: Formula dan kaedah yang diterapkan ialah penekanan nilai-nilai iman. Itu sebagai asas orang yang beriman kepada Allah, kepada hari akhirat dan yang penting segala kerja yang dibuat akan diberi balasan dan dinilai di akhirat kelak. Itu seharusnya yang ditekankan supaya masyarakat tahu tahu kalau dia buat perkara jahat akan menerima balasan yang teruk di akhirat kelak.

Ditekan nilai keimanan kepada Allah dan hari kiamat sebagai pemangkin supaya mereka sedar. Yang kedua tekankan nilai keislaman. Nilai Islam ibarat baja kepada benih yang kita tanam. Benih yang kita tanam itu benih dibajai dengan nilai agama. Nilai Islam itu ialah sembahyang. Sembahyang itu nilai menyuburkan nilai iman termasuklah zakat, haji dan puasa.

WDA: Kerajaan Negeri telah menganjurkan kem-kem seperti Kem Solat, Kem Bina Insan dan Kem Bina Sahsiah. Melalui kem-kem ini dikesan terdapat ibu bapa yang tidak melakukan solat?

DATO’ MUFTI: Kalau kita beriman kepada Allah solat adalah cara meluahkan kasih sayang kepada Allah. Tetapi sayangnya terdapat remaja hari ini yang tidak tahu sembahyang. Pernah dibuat penilaian dahulu masyarakat sembahyang tidak sampai 20 peratus sahaja. Sama ada selebihnya tidak pernah langsung atau melakukan tidak cukup lima waktu. Yang betul-betul sembahyang tidak lebih dari 20 peratus sahaja.

Jadi di mana salahnya sebab itu kita rasa bahawa semua pihak harus bertanggungjawab. Kesepaduan harus berlaku dalam kita menangani masalah ini, di rumah terletak kepada ibu bapa. Anak tidak sembahyang kalau bapa tidak sembahyang. Kesedaran kepada bapa harus ada. Kedua di sekolah mesti ada surau dan ketiga masyarakat itu sendiri.

Virus dihadapi masyarakat hari ini ialah pengabaian kepada solat ini. Kat budak-budak tidak sembahyang, orang tua pun tinggal sembahyang. Ini dikesan dalam kem-kem motivasi yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak swasta.

Saya rasa untuk menangani masalah ini melibatkan semua pihak harus tampil ke depan. Ibu bapa terutamanya memain peranan selepas anak-anak mereka dihantar ke kem-kem hendaklah memerhati kelangsungannya di rumah pula. Kalau tidak hasrat untuk membina sahsia remaja tidak akan tercapai.

Saya rasa kalau boleh kita bercakap panjang sikit tentang ini. Dia bermula dengan penerapan nilai sembahyang itu sendiri. Apa faedahnya. Keduanya pendekatan ilmu pengetahuan. Kadang-kadang orang tidak sembahyang kerana tak tahu ambil wuduk.

Ada dalam kem yang kita buat baru di Pulau Pinang baru-baru ini. Budak tak tahu ambil wuduk nak basuh apa dulu. Itu masalah dia segan nak sembahyang sebab tak tahu. Sedangkan perkara itu boleh dilatih peraktik di rumah sekolah ada surau dan sebagainya.

Nabi Muhamad saw berpesan, ajaran agama ini berjalan apabila ada nasihat dan menasihati. Seorang ayah kalau sayang anak perlulah selalu nasihatkan anak begitu juga dengan guru-guru sayang murid kena selalu beri nasihat.

WDA: Solat itu didikan agama yang teras wajib diterap dari rumah ketika anak-anak masih kecil tetapi tidak berlaku seperti itu. Akibatnya sekarang ini keruntuhan akhlak semakin parah. Bagaimana dan siapa perlu tampil menangani?

DATO’ MUFTI: Menyentuh mengenai keruntuhan akhlak sekarang ini semua pihak perlu sedar terutama media massa dan kerajaan.

Saya menekankan bahawa media masa sama elektronik dan media cetak harus sedar bahawa mereka main peranan besar. Media massa hiburan berlebihan tidak harus ditayang kepada anak-anak kita. Media harus bina jangan meruntuh. Kalau bina sekolah adalah nilai yang baik kemudian mereka menonton filem yang tidak boleh oleh kanak-kanak, ini meruntuhkan. Ini kesannya kepada kanak-kanak terutama remaja amat mendalam seperti filem jin dan hantu. Saya cukup sensitif nilai yang tidak berpijak kepada hakikat.

Hiburan yang berleluasa hari ini merangsang kepada keruntuhan akhlak. Ada pepatah Arab bermaksud, bagaimana mungkin binaan akan sempurna kalau kita yang membina ada tangan lain yang meruntuh. Kita bina nilai di sekolah dan dalam kem tapi waktu yang sama ada pihak yang meruntuh nilai itu. Sampai bilapun binaan ini tidak akan sempurna.

Justeru itu semua pihak harus melihat bahawa gejala sosial harus ditangani bersama bukan menuding jari kepada satu-satu pihak. Pejabat Agama, Jabatan Mufti harus merasa bahwa ini satu gejala yang harus ditangani. Media masa harus melihat sebagai satu tajuk besar yang ditangani oleh pihak berwajib dan memberi sokongan.

Gejala ini berada didepan kita. Anak dibuang macam sampah. Pak tiri merogol anak tiri dan apa harus kita buat. Orang ada ilmu harus bertangguhng jawab. Media massa harus bertanggungjawab. Pihak berwajib. Tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak dan harus ditangani oleh semua pihak.


WDA: Ada pihak yang mengwujudkan sekolah mengandung bagi mengatasi kes buang bayi. Adalah ini cara penyelesaian yang munasabah?

DATO’ MUFTI: Saya ingat penubuhan sekolah mengandung bukan cara mengatasi. Kita kalau ada penyakit, ada benda yang kita boleh bagi ubat. Tahap penyakit tidak sama. Ada penyakit bagi ubat boleh balik makan. Ada kronik bawa hospital duduk dalam wad dan lebih teruk kena potong kaki dan tengok kepada tahap penyakit itu,

Sebab itu mengwujudkan sekolah mengandung tidak selesai masalah. Mesti ada satu hukuman yang serius. Kalau penagih dadah dan pengedar dadah ada hukuman mandotori kenapa berzina tidak ada satu undang-undang. Pihak berwajib harus ada akta hukuman yang boleh mengatasi kes-kes ini.

Menyalahkan ibu bapa juga tidak boleh kerana anak-anak remaja ini bukan tinggal bersama ibu bapa 24 jam, mereka keluar kepada masyarakat. Oleh itu hukuman mesti ada. Ini kerana ada orang boleh sedar dengan nasihat. Ada orang sedar apabila dihukum.

Dalam Islam nasihat peringkat awal. Kita rasa hukuman tegas perlu diambil kepada pesalah zina. Bukan cara menwujudkan sekolah mengandung. Kemudian kita bela anak dia. Esok dia berzina lagi kerana dia mendapat perlindungan dan hukuman tidak ada sedang hukuman zina dalam Islam cukup berat.

Setakat mana kita menggubal undang-undang. Tapi pada pandangannya mesti ada satu undang-undang yang boleh menghalang perkara ini berlaku. Kalau tidak akan berlaku lagi kerana tidak ada satu undang-undang atau peraturan dalam perkara ini.

Dalam Islam zina anak dara hukuman sebat 100 kali kalau sudah berkahwin rejam. Berat undang-undang ada orang bukan terlanjur tapi sengaja. Setakat ini tidak nampak lagi satu undang-undang yang boleh menyerikkan pesalah zina ini. Ini kerana manusia itu tidak sama. Ada berkesan dengan cara nasihat tapi ada yang berkesan sekiranya dihukum.

Dalam Islam bukan berdakwah dalam forum-forum tetapi ada hukuman. Lebih-lebih lagi kes yang menyeret orang lain. Macam zina bukan setakat dia anak luar nikah hasil zina yang di buang sana sini. Tetapi kes ini tidak berhenti setakat penzina itu sahaja. Kalau tidak sembahyang dia sahaja yang akan dipersoal. Tetapi peningkatan jumlah anak luar nikah akan merosak masa depan negara terutama bagi masyarakat Islam. Seharusnya ada satu hukuman meyerikkan.

WDA: Sekiranya Kedah mengeluarkan undang-undang sabit kesalahan zina, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi dapat diatasi?


DATO MUFTI: Majlis Fatwa mengadakan mesyuarat dan memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dibinkan lelaki itu. Ini kerana akan melibat wali ketika nikah dan juga pembahgian harta pusaka. Gejala sosial hari ini perlu dipandang serius kerana melibatkan masa depan negara. Negara akan hadapi orang tidak sah taraf. Kemungkinan satu hari nanti Perdana Menteri kita adalah anak yang tidak sah taraf. Ini kemungkinan. Tidak mustahil akan berlaku sekiranya tidak ada usaha dilakukan mulai sekarang.

Sebab itu satu usaha untuk menangani harus dilakukan. Sekarang kita sibuk dengan pembangunan fizikal ekonomi. Minyak naik orang hingar. Gula tapi hak ni sapa tak hingar. Sekali sekala apa usaha kita buat.


Bila minyak tidak ada pihak berkuasa sanggup siasat kedai tak jual bekalan minyak kenapa benda ini tak siasat. Tak serius? Sedang benda ini masalah ini bukan masalah minyak. Tapi masalah Negara masalah masa depan bangsa. Lebih-lebih kita orang Islam.

Anak tidak sah taraf dalam enekmen, Mufti buat keputusan dan telah menghadap KDYMM Tuanku Sultan maklumkan, anak hasil zina, anak hasil kedua rogol. Ketiga…..tak ingat. Taarif perempuan mengandung dengan lelaki di luar nikah, dipaksa kena rogol, yang sama-sama suka berzina, anak yang lahir tidak boleh dibinkan lelaki ini.

Bagaimana pun boleh dibinkan lelaki selepas enam bulan berkahwin baru anak itu lahir, kalau kurang dari enam bulan tidak boleh boleh dibinkan dengan lelaki berkenaan.

Tiga bulan kahwin kemudian beranak hat tak sah taraf sebab masa enam bulan bulan dua lahzoh, masa lahir masa bersetubuh. Kalau enam bulan selepas kahwin boleh dibinkan suami.

No comments:

Post a Comment