Tuesday, January 18, 2011

Pelan 100 hari: PRU-13 masanya untuk rakyat buat penilaian

oleh melikapakjangak


WALAUPUN belum tentu tarikhnya, namun para pengunmdi di negara ini berdepan denangan hakikat natijah bahawa Pilihanraya Umum Ke13 (PRU-13) semakin dekat dan mereka akan membuat pengadilan dan penghukuman melalui kuasa undi.

Sebagai antara strategi memancing pengundi, pihak pembangkang mengutarakan 'Pelan 100 Hari' yang pada dasarnya akan sangat melabakan rakyat. Bagaimanapun ianya amat meragukan, kecuali kepada kalangan yang taksub dan jumud mendukung dan menyokong pembangkang.

Bila kerajaan terajuan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan.Program Tranformasi Ekonomi (ETP), pihak pembangkang menganggap kerajaan mencedok 'Pelan 100 Hari' mereka,.

Apa tanggapan pembangkang dan pantulan serta anjlan pihak kerajaan terhadap isu 'cedok dan tiru' idea atau pelan pihak pembangkangkan, bukan masalah rakyat selaku pengundi. Yang penting, faedahnya kepada rakyat sama ada pelan dan prigranm bersifat retorik atau realiti.


Bagi saya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak bijak dengan menyerahkan kepada budi bicara rakyat untuk menilai secara bijaksana 'Pelan 100 hari' pakatan pembangkang yang bagi beliau sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.

Juga rakyat boleh membuat penilai terhadap Program Tranformasi Ekonomi sama ada ianya berbentuk retoriksme atau suatu hakikat, hakiki dan realiti. Hasil dari rumusan itulah, maka rakyat dengan kuasa undi yang ada pada tangan mereka sesuai dengan amalan demokrasi di negara membuat pengadilan dan penghalkiman.

Ada eloknya Perdana Menteri jangan menyahut cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuang berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentang perkara berkaitan, sebaliknya kena isi masa dengan melaksanakan segala apa yang dipelan, diramngkan dan dikerangkan sebagai gerka-kerja ETP.

Rakyat yang akan membuat penilaian, pengadilan dan penghukuman. Yang pasti untuk mentadbir sebuah negara jauh lebih payah dari mentadbir dan menstabilkan sebuah parti politik.

Sesungguhnya apa yang berlaku kepada PKR serta sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) sedang dinilai oleh rakyat dan akan menjadi aset penting kepada rakyat untuk yakin atau menolak segala pelan pembangkang yang mahu mengambil alih tampuk pemerintah dan menyahkan kerajaan ke kerusi pembangkang.

Rekod pencapaian kerajaan juga sedang dinilai oleh rakyat. Pilihanraya Umum Ke-13 adalah masanya untuk kedua-duanya akan mendapat jawapan pasti siapa yang akan diyakini rakyat.

http://melikapakjangak.blogspot.com

iklan sebentar bersama :

No comments:

Post a Comment