Sunday, January 16, 2011

Presiden Bekas Vs Presiden Veteran aka Datuk Betoi Vs Datuk Beli

Muhammad dakwa Mohd. Ali hanya nak cari glamor

KOTA BHARU 16 Jan. - Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abd. Ghani menegaskan, beliau tidak gentar dengan ugutan saman RM100 juta yang dibuat oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd. Ali Baharom dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai mahu mencari glamor.

Beliau turut menyifatkan tindakan Mohd. Ali itu telah memalukan bekas tentera kerana bergerak dengan persatuan yang belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"PBTM tidak ada masalah dengan mana-mana persatuan bekas tentera asalkan mereka diluluskan ROS, cuma kita tidak mahu masyarakat hilang keyakinan dan kepercayaan dengan persatuan yang ditubuh bekas tentera tidak mengikut peraturan ditetapkan undang-undang.

"Sebaliknya, saya sendiri telah membuat laporan polis dengan kenyataan fitnah Mohd. Ali dalam laman facebooknya minggu lalu yang menuduh saya memburukkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pendaftaran Penolong Pendaftar Pemilih PBTM bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ugutan saman RM100 juta Mohd. Ali terhadapnya atas dakwaan cuba mengaibkan dirinya serta menghasut bekas tentera apabila mengatakan beliau tidak berdisiplin kerana menggunakan gelaran 'Datuk' palsu sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Muhammad memberitahu, seramai 95 ahli PBTM negeri ini telah didaftarkan sebagai Penolong Pendaftar Pemilih SPR dan proses pendaftaran akan dilaksanakan di seluruh negara sepanjang Januari sehingga Jun ini.

Katanya, PBTM akan menggunakan khidmat lebih 1,000 ahlinya sebagai Penolong Pendaftar Pemilih seluruh negara bagi memastikan sasaran mendapat sejuta pemilih baru tercapai.

"Selain memastikan seluruh ahli PBTM seramai 149,000 orang dan keluarga mereka berdaftar, kita juga mahu memastikan perkara sama dengan kesemua lebih 300,000 bekas tentera di seluruh negara.

"Mengikut kajian yang kita lakukan, 47 peratus bekas tentera pelbagai pangkat belum lagi mendaftar sebagai pengundi awam akibat kesuntukan masa dalam kerja seharian mereka," katanya. - utusan

 

No comments:

Post a Comment