SIBU DI TENANG
Barisan Nasional atau PAS?
Azhar atau Normala?
Ahad ini, pengundi di DUN Tenang akan membuat penentuan. Keputusan ini dilihat penting kerana beberapa faktor.
Pertama, Johor dilihat sebagai kubu kuat UMNO. UMNO lahir di Johor. Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan UMNO juga orang Johor. Mungkin disebabkan persepsi itu, sesetengah jentera kempen Barisan Nasional awal-awal lagi berkata, Tenang milik parti itu. Belum pun penamaan calon dan kempen, sudah ada yang berkata BN akan menang besar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mensasarkan parti itu untuk mendapat majoriti 5,000 undi. Sasaran ini semakin menambahkan rasa selesa di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang merasakan BN tak mungkin kalah dalam pilihanraya tersebut.
Keyakinan yang melampau bukanlah sesuatu yang baik. Lim Kit Siang, sebaliknya cuba bermain perang psikologi dengan mengatakan calon PAS sukar untuk menang bagi meraih undi simpati kepada parti itu – sekaligus membuatkan jentera Pakatan Rakyat bekerja keras.
Kedua, Labis dilihat sebagai “padang permainan” untuk Dato’ Seri Chua Soi Lek. Malah saya telah menulis sebelum ini betapa pilihanraya ini akan menentukan sama ada Chua Soi Lek akan dilihat relevan atau sebaliknya dalam politik Malaysia. Sekiranya BN tewas di kawasan yang pernah diwakilinya, eloklah Chua Soi Lek menyerahkan kepimpinan parti itu kepada timbalannya.
Saya melihat Chua Soi Lek seolah-olah berasa terlalu tertekan untuk menang atau terpisah dari memahami citarasa politik orang Melayu-Islam yang merupakan majoriti pengundi DUN Tenang apabila dia mempersoalkan negara Islam dan undang-undang Islam.
Beberapa pihak, termasuklah pemimpin UMNO sendiri berasa tidak selesa dengan kenyataan arogan sedemikian. Saya sendiri telah menghantar SMS kepada beberapa orang pemimpin kanan UMNO Johor dan mereka juga setuju bahawa kenyataan Chua Soi Lek adalah tidak betul.
Akhirnya, Muhyiddin secara terbuka meminta Chua Soi Lek untuk berhenti memainkan isu tersebut. Calon BN tidak boleh menang dengan undi Cina semata-mata; dia juga memerlukan undi Melayu yang besar. Orang Melayu amat sensitif apabila orang bukan Islam mempersoalkan hukum-hakam agama – tanpa mengira dia dari MCA atau DAP.
Apa yang saya lihat ialah keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang bakal memberikan implikasi kepada persepsi rakyat terhadap keputusan PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Sekiranya BN menang besar seperti yang diimpikan oleh Muhyiddin, Pakatan Rakyat harus melupakan hasrat menawan Putrajaya. Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga harus berhenti mengidam untuk menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun sekiranya BN tewas di DUN Tenang apatah lagi dengan majoriti yang besar akan memberikan kejutan yang hebat kepada pemimpin-pemimpin BN – sama seperti Sibu. Sekiranya pengundi DUN Tenang “mensibukan” BN, maka parti itu perlu mandi limau sebelum memasuki pilihanraya kecil Merlimau.
Adakah apa yang saya sebutkan ini mustahil? Saya fikir tidak – sekiranya masih ramai pemimpin-pemimpin BN dan ahli-ahli parti komponen yang merasakan mereka boleh menang mudah di Tenang!
http://nobisha.com/home/archives/642

No comments:
Post a Comment