Monday, January 17, 2011

"Ianya tiada ada kaitan dengan politik," - Markom | Yaa! Kami Percaya apa kata Pengarah Pelajaran Johor !!

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran mengakui jabatannya ada mengeluar notis pertukaran suami calon PAS di Tenang, Normala Sudirman, tetapi membatalkannya buat sementara selepas mendapat tahu isterinya mungkin dicalon dalam pilihan raya kecil di situ.

NONEKatanya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember itu meminta suami Normala - Makrof Abd Mutalib - bertugas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor Bahru, bermula 1 Januari tahun ini.
Makrof mengajar di SK Tenang manakala sekolah baru itu pula terletak kira-kira 200 km dari situ.

Pada waktu itu, kata Markom (kanan), pihaknya tidak tahu yang isteri Makrof akan dipilih sebagai calon PAS.

Tetapi, katanya, selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya- Normala - pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.

"Kami tidak mahu ia menjadi isu politik," jelas Markom ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Normala Sudirman and husband Makrof Abd MutalibMalam tadi, PAS mengumumkan Normala sebagai calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.

PAS dan Makrof telah mendakwa notis pertukaran itu, yang hanya memberi masa tiga hari untuk membuat persiapan, bermotifkan politik dan bertujuan untuk menghukum seorang guru yang anggoat keluarganya menyokong pembangkang.

Notis tersebut telah ditarik balik selepas pasangan tersebut membuat aduan kepada jabatan pelajaran daerah, kata Makrof (kiri sekali).

Sementara itu, Markom berkata, notis pertukaran tersebut tiada kaitan dengan politik tetapi kerana Pasir Gudang kekurangan 457 orang guru.

"Ianya tiada ada kaitan dengan politik," tegasnya sekali lagi.


http://www.malaysiakini.com/news/153643

3 comments:

  1. Nampak sangat bodeknya Ketua pengarah nie...kalau dah bukan unsur politik tukaq sajalah...tapi takut pula PR akan kata tekanan politik...hahaaha dah jadi serba salah...inilah akibatnya manusia bekerja tidak mengikut fitrah manusia...mengikut nafsu pemimpin yang berfikiran seperti binatang....

    ReplyDelete
  2. Oi ! Markom lebeh baik hang letak jawata dan bertanding dalam pilihanraya Kecil Tenang,hang memang tak layak jadi pengarah pelajaran ,hang cuma layak jadi pengarah pengampu BN,nanpak muka macam baik,rupanya hati busuk macam taik.

    ReplyDelete
  3. la boleh la dok bahong...esok depan Allah bukan boleh nak bahong dah...

    ReplyDelete