ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tidak bercadang membuat sebarang rombakan membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik negeri ini dalam masa terdekat .
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan hampir kesemua GLC, bagaimanapun tidak menafikan terdapat sebahagian daripadanya yang masih belum mencapai sasaran ditetapkan.
Menurutnya, satu usaha penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap mana-mana GLC yang didapati kurang memberangsangkan bagi memastikan tahap keberkesanannya meningkat sekali gus membantu Kerajaan Negeri menambahkan hasil pendapatan.
“GLC sedia ada, ada yang untung dan ada yang masih di peringkat baru hendak bercambah. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri amat berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan hampir kesemua GLC.
“Bagi GLC yang kurang efisien, satu usaha penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sekali gus membantu Kerajaan Negeri menjana pendapatan tahunan demi kesejahteraan rakyat Kedah,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Kerajaan Negeri kepada tiga sekolah persendirian jenis kebangsaan Cina bernilai RM180,000 di kediaman rasmi Menteri Besar di Mentaloon semalam.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru salah sebuah GLC Kerajaan Negeri, Kedah Communication dan Event Sdn Bhd(KCE) yang disahkan akan mengalami rombakan dalam masa terdekat, Azizan menegaskan perkara itu sudah dijelaskan oleh pihak syarikat itu sendiri sebelum ini.
“Perkara itu (kemungkinan rombakan dalam pengurusan KCE) sudah dijelaskan beberapa orang penting syarikat itu sebelum ini.
“Justeru, saya enggan mengulas lanjut dan tunggu perkembangan seterusnya daripada pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) Berhad,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan desas-desus kemungkinan KCE yang menguruskan bidang perhubungan awam dan pembangunan imej Kerajaan Negeri akan ditutup dalam masa terdekat kerana dikatakan mengalami masalah kewangan.
Manakala Exco Kerajaan Negeri, S Manikumar yang juga Pengerusi KCE mengaku tidak tahu menahu mengenai isu penutupan syarikat milik Kerajaan Kedah itu.
Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal Perbadanan Menteri Besar Kedah Berhad (PMBKed) dan memberi jaminan syarikat itu akan beroperasi seperti biasa.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBKed, Datuk Bakar Din menegaskan struktur pengurusan KCE akan dikaji semula berikutan kewujudan masalah kewangan dialami syarikat itu yang membabitkan amaun wang yang banyak.
Sebelum itu, Kerajaan Negeri turut dikejutkan dengan peletakan jawatan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd berikutan dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan syarikat yang menawarkan tender projek fasa kedua dan ketiga Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bukan secara terbuka.

No comments:
Post a Comment