Friday, January 21, 2011

Tu dia bisness 'beg udara' pulak...!!

Semua kenderaan wajib dipasang beg udara tahun depan
21/01/2011 4:35pm

RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini. - Bernama

2 comments:

  1. Kepala hotak depa...tak habis-habis nak menyusahkan rakyat. Apa dia orang ingat beg udara tu harga sekupang dua ka? Menteri-menteri ni dalam kepala otak depa dok pikiaq nak penuhkan poket depa je...

    ReplyDelete
  2. Wahai rakyat yang cinta kepada negara. Cubalah fikir-fikirkan dengan bijak. Tidak terlintaskah dihati untuk 'cuba ajar' pemerintah sekarang yang semakin hari semakin melampau. Sanggupkah kita semakin hari dibebani dengan masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh menteri bertanggungjawab.

    ReplyDelete