Tuesday, January 18, 2011

Yuran pengajian Insaniah yang terendah di Malaysia

oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHI @ wartakedah

ALOR SETAR – Yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan yang terendah antara kolej-kolej di Malaysia.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memaklumkan bahawa pelajar-pelajar KUIN merupakan pelajar paling hebat di negara ini, iaitu dari segi elaun yang mereka terima paling tinggi di Malaysia.

“Mereka (pelajar) terima PTPTN RM8,000 per semester, yuran pengajian yang dikenakan adalah RM1,000 bagi satu semester, jadi duit poket mereka ada lagi RM7,000 di mana RM1,150 bagi sebulan.

“Jika dibandingkan dengan kolej lain, yuran KUIN adalah rendah, jika kolej lain, satu semester pun sudah mencecah hingga RM7,000,” ujar beliau yang juga Pengerusi KUIN.

Dengan itu, beliau meminta KUIN membuat penyemakan terhadap yuran yang dikenakan kepada pelajar agar mereka diberi kemudahan yang selengkapnya dan ianya juga tidak akan membebankan pelajar.

“Jadi kita minta yuran ini disemak semula bagi kepentingan pelajar-pelajar juga, dengan duit ini juga kita dapat bagi kemudahan kepada mereka, saya difahamkan wang penyelenggaraan tidak cukup bagi memberi kemudahan kepada pelajar,” ujar beliau.

iklan sebentar bersama :

No comments:

Post a Comment