Ditulis oleh AMELIA HASHIM
GURUN, 1 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan YB Tan Chow Kang mengibaratkan pengguna jalan raya yang gemar berlumba ketika memandu seperti ‘arnab dengan kura-kura’.
Menurutnya, arnab yang kelihatan pintar dan cantik itu dikalahkan oleh kura-kura kerana sikapnya sendiri yang sombong dan angkuh.
“Begitu juga dengan pengguna jalan raya, hendaklah membuang sikap sombong ketika berada di atas jalan raya sekiranya mahu selamat,” nasihatnya secara bergurau kepada pengguna jalan raya ketika Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan tahun baru Cina 2011.
Katanya, pemandu dan pembonceng motosikal adalah mangsa terbanyak yang terlibat dengan kemalangan maut.
“ekiranya mereka memandu dengan cermat, tidak berlumba dan memakai topi keledar dengan betul boleh mengurangkan kadar kemalangan maut ini,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya berkata, Ops Sikap 2009 berjaya mengurangkan kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya di Kedah sebanyak 20 nyawa dan pada tahun 2011 ini tumpuan akan diberikan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti sebagai lokasi penting berlaku kemalangan maut.
Lokasi itu termasuklah jalan Sungai Petani ke Baling, Alor Setar ke Butterworth dan dari Kulim ke Sungai Petani.
“Dari Alor Setar ke Butterworth pemandu hendak berhati-hati di kilometer 45, 47, 52, 57, 60 dan kilometer 62 yang kerap berlaku kemalangan maut. Begitu juga dengan selekoh-selekoh pengguna hendaklah berwapada apabila tiba di tempat itu,” katanya.
Kempen yang diadakan di Dataran Rehat dan Rawat (R&R) Gurun ini ianjuran bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar kedah yang diwakili oleh YB S. Manikumar.[WartaKedah]
GURUN, 1 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan YB Tan Chow Kang mengibaratkan pengguna jalan raya yang gemar berlumba ketika memandu seperti ‘arnab dengan kura-kura’.
Menurutnya, arnab yang kelihatan pintar dan cantik itu dikalahkan oleh kura-kura kerana sikapnya sendiri yang sombong dan angkuh.
“Begitu juga dengan pengguna jalan raya, hendaklah membuang sikap sombong ketika berada di atas jalan raya sekiranya mahu selamat,” nasihatnya secara bergurau kepada pengguna jalan raya ketika Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan tahun baru Cina 2011.
Katanya, pemandu dan pembonceng motosikal adalah mangsa terbanyak yang terlibat dengan kemalangan maut.
“ekiranya mereka memandu dengan cermat, tidak berlumba dan memakai topi keledar dengan betul boleh mengurangkan kadar kemalangan maut ini,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya berkata, Ops Sikap 2009 berjaya mengurangkan kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya di Kedah sebanyak 20 nyawa dan pada tahun 2011 ini tumpuan akan diberikan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti sebagai lokasi penting berlaku kemalangan maut.Lokasi itu termasuklah jalan Sungai Petani ke Baling, Alor Setar ke Butterworth dan dari Kulim ke Sungai Petani.
“Dari Alor Setar ke Butterworth pemandu hendak berhati-hati di kilometer 45, 47, 52, 57, 60 dan kilometer 62 yang kerap berlaku kemalangan maut. Begitu juga dengan selekoh-selekoh pengguna hendaklah berwapada apabila tiba di tempat itu,” katanya.
Kempen yang diadakan di Dataran Rehat dan Rawat (R&R) Gurun ini ianjuran bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar kedah yang diwakili oleh YB S. Manikumar.[WartaKedah]
No comments:
Post a Comment