Tuesday, February 1, 2011

Say No To "SAMAN EKOQ" - Pakcik nie dah jadi mangsa..


‘Pakcik tak salah’

SIMPANG EMPAT – “Kalau kesalahan pak cik, mesti akan bayar, tapi ini bukan salah pak cik,” luah Bakar Ismail, 85, dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, di sini berikutan saman yang diterimanya, 30 November lalu.

Menurutnya, Bahagian Trafik Negeri sebelum ini meminta pihaknya menulis surat rayuan kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman untuk memohon pembatalan pembayaran saman terhadap dakwaan terbabit.

“Rayuan sudah dihantar sebulan lalu. Bagaimanapun, sehingga kini kami belum menerima sebarang penjelasan dari pihak berkenaan dan kami masih menunggu tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan, seorang warga emas, terkejut apabila menerima sepucuk surat saman atas kesalahan menunggang motosikal berkuasa 500cc dengan laju di sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur.

Bakar Ismail, 85, dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, berkata, surat saman atas kesalahan yang dilakukan pada 30 November 2010 yang diterimanya tertera nama dan nombor kad pengenalan berserta nombor motosikal miliknya dengan betul.

Bagaimanapun, motosikal miliknya adalah jenis kapcai (Honda 70cc) bukannya motosikal berkuasa 500cc seperti yang tertera dalam surat saman, malah motosikal miliknya tidak pernah keluar dari Perlis.

Sementara itu, anaknya, Mohd Nor Bakar, 47 berkata, beliau sehingga kini masih berusaha untuk menyelesaikan kes saman membabitkan bapanya itu termasuk menulis surat kepada Ibu Pejabat Bukit Aman.

Menurutnya, beliau amat berharap kes ini mendapat perhatian pihak berkenaan termasuk Trafik Negeri bagi membolehkan ia segera diselesaikan, kerana bimbang nama bapa di senarai hitam.

“Saya terkejut ketika membaca surat saman terhadap ayah. Mungkin ada individu lain menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Untuk itu, saya berharap kes ini dapat diselesaikan segera kerana akan merisaukan bapa yang sudah tua,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Rusli Yahya berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan nombor pendaftaran Bakar digunakan oleh individu lain.

Menurutnya, ada kes-kes membabitkan individu tertentu menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengelak di saman ketika memandu melebihi had laju ditetapkan terutama di lebuh raya.

“Jika saman sebegini dikeluarkan di Perlis, trafik negeri selepas disiasat, boleh membatalkan saman itu serta merta.

“Namun bagi kes ini, saya akan memanjangkan kepada Ibu Pejabat di Bukit Aman bagi mengelak kesusahan kepada warga emas ini yang terpaksa berulang-alik menyelesaikan kesnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment