Friday, March 4, 2011

Adakah Rakyat Kita Semakin "GANAZ"

Maut dipukul menjelang subuh


ANGGOTA polis mengusung mayat Magapugie yang mati selepas kepalanya dihentak dengan
objek keras oleh teman lelakinya di Taman Sejati Indah, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Tindakan seorang ibu yang mempertahankan anaknya daripada dijual oleh teman lelakinya berakhir tragedi apabila dia mati selepas lelaki itu disyaki menghentak kepalanya dengan objek keras semalam.

Kejadian pukul 5 pagi di sebuah rumah teres di Jalan Indah 6, Taman Sejati Indah di sini itu berlaku apabila suspek berusia 23 tahun tersebut gagal mengawal emosinya selepas bertengkar dengan K. Magapugie, 33, .

Pasangan tersebut dikatakan sering bertengkar sejak beberapa bulan lalu mengenai masalah kewangan yang dihadapi.

Difahamkan, mereka tinggal tanpa sebarang ikatan perkahwinan lebih setahun lalu hingga melahirkan seorang anak lelaki berusia kira-kira dua bulan. Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala mangsa pula tidak bekerja.

No comments:

Post a Comment