Sunday, March 20, 2011

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian


KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

2 comments:

  1. Salam.

    Harap pihak yang berkenaan, sila siasat kebenaran perkara ini. Apa yang kita mampu buat untuk perbaiki diri, kita buat.

    ReplyDelete
  2. assalam, jadi kalau macam tu kalau solat dimasjid bagaimana? semua agama beribadat dirumah suci mereka, dalam kes macam ini siapa tiru siapa pula.

    Banyak perkara baik yang perlu ditegakkan usahlah terlalu taksub dengan perkara2 yang sunat sahaja.

    ReplyDelete