Friday, March 4, 2011

ISU CAJ KOMISEN POS MALAYSIA : Bank pun ambik 50sen ja tapi POS nak tutuh sampai 90 sen

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kecewa dengan Pos Malaysia berikutan tindakan menaikkan caj komisen yang dikenakan iaitu daripada 70 sen kepada 90 sen bagi setiap pembayaran bil air. Walau bagaimananpun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) belum membuat sebarang keputusan dan akan terus menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sebagai medium bagi memudahkan orang awam membayar bil.

PBA membelanjakan RM700,000 setiap tahun sebagai komisen kepada Pos Malaysia. Ini dilakukan bagi mengurangkan beban kepada pengguna Pulau Pinang. Peningkatan 20 sen iaitu daripada 70 sen sehingga 90 sen telah mengakibatkan peningkatan kos sebanyak RM200,000 dari RM700,000 kepada RM900,000 setiap tahun.

Kerajaan negeri Pulau Pinang Malaysia berharap bahawa Pos tidak akan meningkatkan kos yuran sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggungjawab sosial mereka kerana air merupakan keperluan bagi setiap orang. Seperti itu adalah 70 sen dibebankan untuk setiap bil air sudah tinggi berbanding dengan kos 50 sen perkhidmatan dikenakan oleh bank.

Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang berharap Pos Malaysia mempertimbangkan semula keputusan untuk menaikkan caj komisen sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggungjawab sosial kerana air merupakan keperluan asas bagi setiap orang. Bayaran caj komisen 70 sen dilihat sudah tinggi berbanding 50 sen perkhidmatan yang dikenakan oleh bank dan perkara ini terbukti akan membebankan rakyat terutama daripada golongan rendah.

Kenaikan kadar caj komisen ini adalah satu tindakan tidak masuk akal Pos Malaysia dan hanya dilihat sebagai satu cara untuk Pos Malaysia bagi mengaut keuntungan tanpa mengira nasib golongan bawahan. Sekiranya Pos Malaysia masih berkeras dengan tindakan untuk terus menaikkan kadar caj ini, lebih baik Pos Malaysia berhenti daripada terus menggunakan nama Pos Malaysia sebaliknya menggantikan dengan Pos Mata Duitan.

PBA tidak mempunyai pilihan lain selain terus menanggung kos komisen seperti mana yang telah dimeterai dalam perjanjian antara Pos Malaysia dan PBA. Dan saya sendiri telah mengarahkan agar PBA tidak memberhentikan peruntukan tersebut bagi mengelakkan kesulitan kepada semua masyarakat yang ingin membayar bil mereka di pejabat- pejabat Pos Malaysia.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

1 comment:

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengadakan pusat pembayaran bergerak seperti yang digunapakai di Thailand. Seperti perpustakaan bergerak unit ini akan berada dikawasan2 yang ditentukan pada masa2 yang ditentukan untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna untuk membuat pembayaran. Ianya tidak terhad kepada pembayaran bil SADA sahaja tetapi boleh digunakan sebagai pusat pembayaran bil setempat. Apabila jaringan unit bergerak ini semakin mantap, percayalah POS Malaysia akan kembali menerima bil SADA. Pada waktu ini masa untuk SADA dan juga agensi Kerajaan Negeri mengada-ngada dengan POS. Harap Kerajaan Negeri mempertimbangkan. Mulakan dengan menggunakan perpustakaan bergerak sebagai modul operasi

    Terima kasih
    Omar

    ReplyDelete