Bangi – Mahasiswa UKM mencadangkan supaya perbahasan dan perbincangan berkaitan tenaga nuklear dibincangkan secara terbuka dan inklusif dalam usaha untuk menanamkan kefahaman yang betul kepada rakyat.
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi berkata, “Memandangkan tenaga nuklear termasuk dalam kategori tenaga hijau (green energy), perbincangan tentang perlaksanaannya di negara harus dibahaskan secara terbuka dan inklusif terhadap semua lapisan masyarakat.”
“Kita harus sedar, dalam perkara ini (tenaga nuklear dan yang berkaitan), orang ramai masih tidak mendapat kefahaman dan penjelasan yang tepat dan merakyat. Olahan-olahan yang bersifat sensasi dan tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak tertentu harus diimbangkan dengan penerangan yang jelas dan inklusif. Ini cabaran kita.”
“Pada masa yang sama, kita perlu mengembalikan fokus dengan menggerakkan usaha dengan kemampuan yang kita ada untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah gempa bumi dan tsunami di sana.”
Beliau mencadangkan penganjuran siri-siri wacana dan penerangan berkaitan perkara ini diluaskan oelh semua pihak.
Pandangan beliau turut disokong oleh Setiausaha Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), Saudara Muhammad Hafizan Abd Hamid. “Perbahasan tentang tenaga dan teknologi nuklear, jika perlu untuk menanamkan kefahaman, harus dibincangkan pada perspektif maqasid syari’yyah.
“Dalam menentukan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara, Islam ada menetapkan kaedah yang fleksibel dan universal.Perbahasan tentang perkara ini (tenaga dan teknologi nuklear) juga harus dibincangkan berasaskan konsep ini”.
“Dalam Islam tiada istilah pensekularan ilmu pengetahuan, bermaksud pengasingan antara kefahaman agama dengan urusan dunia”.
Beliau juga turut menyeru semua pihak agar menggunakan peluang media yang ada untuk menanamkan pengetahuan yang bermanfaat kepada rakyat.
http://pm-ukm.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment