ALOR SETAR - DAP menggesa rakyat Kedah terus menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi membolehkan negeri itu menjadi ‘deposit tetap’ pakatan itu dalam usaha menawan Putrajaya.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, di sebalik keupayaan PR memenangi lima negeri pada PRU terdahulu, masih terdapat keraguan dalam kalangan rakyat mengenai keutuhan kerjasama dalam kalangan pemimpin PR dari tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP.
Menurutnya, semua pemimpin PR perlu berusaha mempertahankan kerjasama yang terjalin sejak tiga tahun dahulu dan menepis segala propaganda mainan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kononnya semua parti dalam PR menjadi kuda tunggangan antara satu sama lain.
“Selama ini, BN menggunakan formula ‘pecah dan perintah’ sewaktu memerintah negara ini dan membatasi kerjasama antara parti pembangkang untuk membolehkan mereka tidak bersatu.
“Bagaimanapun, terdapat pelbagai kejayaan dan manfaat diperoleh rakyat sejak PR ditubuhkan dan saya yakin pakatan ini mampu menunaikan harapan rakyat untuk mewujudkan perubahan demokrasi yang sebenarnya,” katanya sewaktu berucap di Karnival Kedah Sejahtera di Kompleks Pas Pokok Sena, di sini semalam.
Siew Fong yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, tidak timbul dakwaan Pas menjadi kuda tunggangan DAP untuk membolehkan mereka mentadbir Putrajaya sekiranya menang PRU ke-13 kerana majoriti kerusi Parlimen masih diperuntukkan kepada orang Melayu yang kesemuanya ditandingi PKR dan Pas.
“Sekiranya PR menang, Melayu tidak akan hilang di dunia, sebaliknya yang hilang hanya UMNO.
“DAP tiada masalah untuk memperakui hak istimewa orang Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Cuma kami tidak puas hati sekiranya terdapat segelintir orang UMNO memperalatkan hak istimewa orang Melayu untuk mengaut kekayaan peribadi semata-mata,” katanya.
Siew Fong berkata, penubuhan PR sejak tiga tahun lalu kini sudah mula mengancam keutuhan BN dan mereka kini sudah tidak boleh memandang rendah kuasa dan suara rakyat.
“Jika dahulu, Kerajaan BN dan UMNO sewenang-wenangnya melaksanakan agenda yang akan membebankan rakyat seperti kenaikan harga barang, minyak petrol dan diesel, tarif elektrik dan air dan tarif tol tanpa mengambil kira rintihan rakyat.
“Bagaimanapun, keadaan sudah berubah sejak wujudnya PR dan BN kini lebih sukar untuk melakukan perkara di luar persetujuan rakyat kerana bimbang sokongan akan beralih arah.
“Saya tidak menolak kemungkinan harga minyak petrol akan dinaikkan sekiranya BN dan UMNO menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang. Justeru, semua terletak di tangan rakyat untuk menentukannya,” katanya.

No comments:
Post a Comment