Saturday, March 5, 2011

SADA & AZIZAN kena PANTAS.. Jika tidak hangpa akan kena CANTAS..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUMOAQdhqiD-joiuvRHbBb794xrWwhjwHDFXRarNrnztSitpCTONGS_oy943HXBvlj2ZH9AI_H4Fs1-D8IgBg1_T2B9BC51YBt6-eT3T7WKtDXHclUiDrJ-aBGgaEZfMQ17j13WA7BRF6Z/s1600/Syarikat+Air+Darul+Aman+Sdn.jpg

berikutan penarikan balik pembayaran BIL di PEJ. POS MALAYSIA sebab depa nak penaik charge sampai 90sen dari 70sen maka lanie SADA & AZIZAN kena pantas untuk atasi masalah tak boleh bayaq bil. di PEJ POS niejika hangpa lengai maka nasib hangpa laa nanti akan kena cantas dengan puak UMNO/BN yang dok nganga saja untuk TOKAK hangpa...

cepat sebarkan makluman tempat-tempat yang boleh di bayaq segera kerana depa sana dok KATA KERAJAAN NEGERI KEDEKUT NAK BAYAQ 2 KUPANG UNTUK BANTU RAKYAT SEDANGKAN UNTUNG BALAK KATA SAMPAI 50JUTA...

JADI hangpa kena pantas sikit...api tengah dok pulon di cucoh oleh puak2 yg nak ambik kesempatan....

AKU NAK CADANGKAN MANA-MANA RAKYAT KEDAH YG ADA PRINTER TU TOLONG PRINT SAT ARTIKAL BAWAH NIE DAN PIE TABOQ SAT DI KAWASAN HANGPA SUPAYA PENJELASAN INI AKAN DIAPAT DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT DIBAWAH..LEPAS NIE KITA TENGOK APA PENERIMAAN RAKYAT...PAKAT-PAKAT TOLONG LAA NOOO.. MUSOH TENGAK DOK SYOK ASAH PARANG DAN TEMBAK DENGAN SENAPANG NUUU...
Lebih banyak kaunter SADA akan dibuka
Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Mulai 1 Mac orang ramai boleh membayar bil caj perkhidmatan air Sada (Syarikat Air Darul Aman) di kaunter bayaran yang telah beroperasi di Jitra, Pokok Sena, Pendang, Baling, dan Langkawi. Kaunter lain ialah di Yan Kecil, Gurun, Sik, Kuala Ketil, dan Serdang.

Ini berikutan semua Pejabat Pos di Kedah tidak lagi berperanan sebagai agen kutipan bayaran bil bekalan air Sada berkuatkuasa awal bulan ini.

Demikian diberitahu Ketua Pegawai Esekutif Sada, Dato’ Adzmi Haji Din mengenai pemberhentian perkhidmatan itu dilakukan bagi mengelak pengguna dibebankan dengan kos bayaran komisyen yang dikenakan Pejabat Pos kepada Sada.

Sehubungan itu katanya, notis awal sudahpun dikeluarkan di Pejabat Pos dan walaupun mendapat bantahan orang ramai, Sada mengadakan banyak pilihan untuk pengguna.

“Kita sedang dalam proses membina lebih banyak kaunter dan lokasi dalam perancangan termasuklah Jeniang, Changlon, Kota Kuala Muda dan Air Hitam.

“Selain itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah agen kutipan Sada buat masa ini hanya beroperasi di Alor Setar, Langkawi dan Sungai Petani. Kita sedang dalam perbincangan akhir untuk melantik semua pejabat dan Kedai TNB sebagai agen kutipan pada pertengahan Mac ini,” katanya.

Beliau juga berkata, perbincangan dengan Telekom Malaysia juga sedang dibuat bagi melantik syarikat itu sebagai agen kutipan.

“Selain itu pengguna mempunyai lebih banyak pilihan sama ada bayar di Kaunter TNB, TM atau bayar di bank termasuklah Bank Islam, Bank Rakyat, EON Bank, Maybank dan BSN. Bayaran secara online juga sedang dibincangkan,” ujarnya.

Pihak Sada juga akan menyediakan Kaunter Bergerak Sada di kawasan terpencil dan akan menyenaraikan lokasi pilihan pada bil bulanan.

Hebahan akan dibuat dari masa ke semasa dan notis diedarkan notis kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Jawatankluasa Kemajuan Keseklamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) untuk dimaklumkan kepada masyarakat setempat.

Beliau juga berkata. perkhidmatan kaunter bergerak hanya sementara sehingga pihaknya mendapatkan premis tetap.

Menurutnya 95 peratus pengguna Sada adalah pengguna domestik membabitkan 500,000 akaun pengguna.

Menurutnya kadar lama sebanyak 70 sen sebelum ini yang ditanggung sepenuhnya menyebabkan Sada kerugian hampir RM1.2 juta setahun.

Bermula Mac juga kadar komisyen dinaikkan kepada 90 sen, jadi jumlah kerugian akan bertambah hampir 30 peratus dan kenaikan ini dianggap tinggi akan membebankan Sada dan lebih praktikal untuk hentikan perkhidmatan Pejabat Pos.

“Setiap bulan Sada terpaksa memberi subsidi kepada pengguna hampir RM100,000 kerana tidak mahu memindahkan kos tanggungan itu kepada pengguna.

“Jika Sada setuju dengan kenaikan komisyen itu bermakna pengguna perlu kongsi kos tersebut sebab Sada tidak mahu tanggung kerugian,” katanya.

www.wartakedah.net

4 comments:

  1. bab nak bayaq ayaq nie cukup sensitif bagi kebanyakkan org terutama org kampong...tunggu saja sumpah seranah org kg kalau kerani pejabat pos kata kerajaan Pas tak bagi bayak di sini...so, alternatif kena kuat dan berkesan...wujudkan one stop canter bayar bil di pekan2 kecil...nak suruk bayaq di bank...lagi leceh...org ramai...bersedialah dengan alternatif bayaq bil supaya rakyat tidak terbeban...aku yakin Ustaz Azizan dah fikir smua tu...giatkan penerangan...potostat byk2...letak di masjid2...moga rakyat memahami....

    ReplyDelete
  2. As Salammm kawan2 SeIslamku di KedahLaNie...

    ... Ni aku nak kasi idea la (walaupun nampak idea ni bodoh!) untuk SADA pikiaq dan ianya demi kebaikan kerajaan PAS kedah (???)

    Walaupun aku orang UMNO, aku juga adalah penyokong totok UMNO, aku tak lupa, aku jugak sebagai rakyat Kedah yang prihatin, aku tak gamak la nak tengok kerajaan PAS Kedah tersungkur hanya sanya kerana kedekut nak bagi 2 kupang untuk tolong rakyat Kedah!

    (Kalau buleh, aku nak biaq hangpa tersungkur dengan Isu Lain Yang lebih Hebat dan berMaruah ... contohnya : Isu Banyak Pusat Karaoke Tumbuh Bercambah di Negeri Kedah ni sejak 3 Tahun Lepas!) ... barulah karan!!

    Kalau rasa buleh pakai idea aku, hangpa bawak la pi ke peringkat atas (lagi baik terus kat Haji Azizan tu) ...

    Kalau nak sebut ni idea hangpa pun takpa, aku tak kesah, asalkan Allah tau, aku membantu memberi idea yang berupaya memudahkan RAKYAT KEDAH keseluruhannya.

    IDEA AKU ialah ; MEWUJUDKAN PUSAT PEMBAYARAN BIL SADA (TERMASUK BOLEH MEMBAYAR BIL-BIL SETEMPAT YANG LAIN) BERDEKATAN [diulangi : BERDEKATAN] DENGAN PEJABAT POS SEDIA ADA DI SETIAP DAERAH ! KALAU BOLEH DOK BERSEBELAHAN : LAGI BAGUIH !!

    Dengan ini, ianya tidak lagi menjadi peluru hidup berantai untuk kami Puak UMNO menghantam hangpa puak PAS Kedah!

    Kalau nampak idea ni bodoh, aku nak justify dengan bebanan rakyat yang aku dok amik peduli dalam seminggu ni (yang mungkin hangpa tak pernah AMIK PEDULI pun! -Hanya waktu nak mengundi aja baru hangpa kelam kabut NAK AMIK PEDULI!) ...

    : WALAU SADA MENJANJIKAN AKAN WUJUD BANYAK PUSAT PEMBAYARAN BIL SADA, TETAPI KALAU IANYA JAUH DARI PEJABAT POS YANG SEDIA ADA (YANG MENAWARKAN PELBAGAI KEMUDAHAN ONE STOP CENTRE PEMBAYARAN BIL), IANYA HANYA AKAN MENJADI "PROJEK GAJAH PUTIH" SEMATA-MATA ...

    Bayangkan kalau (CONTOHNYA) Pejabat POS di Pekan Aloq Staq (di jalan Stadium tu...) Pengguna hanya boleh berurusan membayar semua bil kecuali bil SADA, maka pengguna perlu bergerak pulak ke SADA di Jalan Sultan Badlishah (CONTOHNYA) ...

    Tak ke itu bebanan kepada Rakyat namanya !??? ...

    Jangan pikiaq benda ni lawak. sebab benda macam ni la yang RAKYAT TENGAH DOK MENGELUH, BERSUNGUT, SUMPAH SERANAH MINGGU NI !! ...

    Jangan buat kerja bodoh!

    Walaupun kerja itu CARA ISLAM! (Merujuk pesanan Haji Azizan kepada Wartawan RTM dulu... )

    Tunjukkan bahawa PAS Kedah buat kerja CARA ISLAM yang nampak CERDIK ! OK!?



    AloQStaQ
    4:30 Ptg
    06 March 2011

    ReplyDelete
  3. aku sokong pendapat aloq staq ni...
    baguih idea hang ni...kadang -kadang depa yg mengaku cerdik pandai bukan reti nak pikiaq mcm ni....

    ReplyDelete
  4. 1-Kes SADA cepat pula hampa cari silap(SADA tak ada silap pun),tapi kes saman ekoq,hampa jadi bisu,bisu sebisunya.
    2-SADA GLC Kedah,POS Malaysia ni Ah Seng Sdn Bhd kot?.Pasai tu dia bolih buat apa saja.Setem dari 3 kupang naik 6 kupang.Sekali lagi hampa jadi bisu sebisunya.
    3-Dua tiga hari itu,aku dengaq juga komplen pasai ni,tapi la ni dah senyap dah.So,SADA buatlah apa yang yang dirancangkan.Make do no dekat depa,mana ada perkara baik jika musuh yang buat(semacam di dua dua pihak).

    ReplyDelete