Saturday, March 5, 2011

Siapa susah siapa skrg nie.. yang penaik charge sampai 90sen satu bil kenapa????

Henti bayar air di pejabat pos susahkan rakyat

ALOR SETAR 5 Mac - Kerajaan Pas Kedah diminta menarik semula keputusan menamatkan kemudahan perkhidmatan pembayaran bil Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) di pejabat pos kerana ia menyusahkan rakyat terutama di kawasan pedalaman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tindakan berkenaan jelas menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri dalam mendahulukan kepentingan rakyat.

Ini kerana katanya, sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab tidak mudah untuk melepaskan bebanan kos yang ditanggung dengan membuat satu keputusan yang akhirnya menyusahkan penduduk.

"Tindakan itu yang berkuat kuasa kelmarin merupakan satu lagi dasar kerajaan negeri yang menyusahkan rakyat selepas menaikkan tarif air sehingga 100 peratus pada tahun lepas.

"Alasan bahawa keputusan berkenaan terpaksa diambil untuk menjimatkan kos berikutan caj komisen yang dikenakan adalah satu sikap yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya di sini kelmarin.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Pas Kedah yang tetap tidak berganjak dengan keputusan menamatkan peranan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bil SADA, meskipun terdapat banyak rungutan daripada rakyat mengenai keputusan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi alasan, keputusan itu diambil untuk bersikap adil kepada pengguna supaya tidak dibebani dengan kos bayaran komisen yang dikenakan Pos Malaysia kepada syarikat air berkenaan.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan Pas Kedah harus belajar daripada kerajaan Pusat bagaimana ia terus menanggung subsidi minyak yang besar walaupun harganya di pasaran dunia meningkat semata-mata kerana tidak mahu rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata, kerajaan negeri mendakwa dapat melakukan penjimatan dengan menamatkan perkhidmatan pembayaran bil air di pejabat pos tetapi hakikatnya pengguna yang terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk berulang alik ke agensi lain yang berkaitan termasuk pejabat atau kaunter SADA bagi menjelaskan bil mereka.

"Saya yakin selepas ini kita akan menyaksikan banyak kes bayaran tertunggak kerana pengguna terbeban untuk pergi ke pekan dan bandar semata-mata hanya untuk membayar bil air sekitar RM8 hingga RM10," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata.

3 comments:

  1. Aku sejak dari awal-awal lagi dah mintak Haji Azizan kasi sikit SUBSIDI kepada bil rakyat kedah yang bayaq bil SADA di Pej.POS melalui BLOG Aku. Sila Klik DISINI ...

    Kali ni Dato Bashah pun sebut benda yang sama jugak (NOTA: tak dak kaitan pun dia dengan aku, tapi kami memegang bendera parti yang sama)

    Jadi, eloklah Haji Azizan tegur sikit pengurusan SADA yang dia sendiri lantik tu, demi kebaikan rakyat Kedah yang dah mula nak jadi "cengey" dah dengan PAS Kedah.

    Tarik balik keputusan bodoh sombong tu!

    Dan kalau SADA enggan jugak, elok Kerajaan PAS Kedah TANGGUNG 2 KUPANG bagi setiap bil SADA yang rakyat bayaq di kaunter Pej.POS.

    Jangan tak ikut kata-kata aku ni! baik hangpa bagi komisyen cepat!

    Kalau tak nanti hangpa semua yang sayangkan PAS Kedah, akan NAYA saja!

    Tak pasai-pasai kerana 2 kupang, hangpa kena angkut keluaq barang2 dari Wisma Darul Aman sejurus keputusan PRU13 di bacakan ...

    (Maknanya, Kedah BN Tawan semula la tu! InsyaAllah ...)

    haraih 2 kupang satu bil, apalah sangatttt nak tulong rakyat!!?!! ...

    Kedah kan SEJAHTERA !? Duit Balak pun katanya dah bawak untung berlipat ganda dah! ...

    Kongsi la dengan rakyat semua.
    Jangan kedekut. Kedekut itu menghampiri kufur nikmat tu!

    AloQStaQ

    ReplyDelete
  2. KAMI DOK TUNGGU TOK BASHAH JADI MB PULAK ,KUT2 DIA NAK PERI AYAK MACAM SELANGOR,
    KALAU BN BERANI JANJI MACAM TU, KAMAI AKAN SOKONG PULAK,KALAU TIDAK TUNGGU KUCING TUMBUH TANDOK LA..

    ReplyDelete
  3. Heheh ... kassim ...

    ... jangan sokong hanya sanya kerana material, brader!

    sokonglah kerana Allah.

    kalau nak harap material, elok la hang terus sokong PAS sampai jadi arwah ...

    Sebab gabungan PAS & DAP pastinya akan menjanjikan "kematerialistikan" hang tercapai duniawi hasil "kehebatan" ANUGERAH TUHAN yang menjadi Ketua Pembangkang hangpa! ... tapi ingat! bab ukhrawi belom tentu nooo !...

    Kerana kalau bercakap pun dah macam orang MUNAFIQ, walau hang mai dari parti "BAPAK KEPADA PARTI ISLE PAS" pun belum tentu dijanjikan Syurga lagi tau!


    OKeh?!

    NOTA : Dato bashah jadi MB ka kalau UMNO Menang di kedah ? ... hehehe ... kassim hang silap orang kottt?


    AloQStaQ

    ReplyDelete