Friday, April 1, 2011

Betoi Ka MB Kedah berhasrat nak tutup Maahad Tahfiz Al-Quran di Bangunan Ar-Razi ??

Bantahan Penempatan Sek. Bistari Di Bangunan Maahad Tahfiz Negeri Kedah oleh Warga Kulliyah Al-Quran Insaniah


Semalam satu demontrasi aman telah di lakukan di Bangunan Ar-Razi di mana kediaman mereka diceroboh oleh pentadbiran INSAN BESTARY SCHOOL, hak mereka dipinggirkan, mereka ini diusir seperti menarik rambut di dalam tepung, suasana penghafazan mereka di cabuli.

Bangunan Ar-Razi merupakan hakmilik Ma'had Tahfiz Al-Quran negeri Kedah sejak zaman berzaman, tapi hari ni telah diambil alih oleh pihak pentadbiran KUIN semata-mata nak menempatkan sekolah bestari.

Dulu budak2 tahfiz nak minta tempat begitu payah nak bagi dengan alasan tidak cukup bajet lah apa lah.. tapi bila Insan bestari masuk dalam bangunan tu macam2 depa buat.. ada duit pulak tu..sapa tak sakit hati bila rumah kita orang ceroboh tanpa izin dah la tu saki baki pelajar tahfiz yang ada dalam tu semakin tersisih...semester depan tak tau macam mana lagi...entah2 depa ambik habis semua bangunan tu...bila kita tanya top management pasai apa ambik bangunan tu tak ambik bangunan lain?

..depa kata (pak ya man) ini adalah hasrat MB...betoi ka?...kalau betoi hasrat MB macam ni kami kecewa... atau pun ada tangan-tangan ghaib sedang cuba hendak menjatuhkan reputasi kerajaan negeri sekarang ini....

sepatutnya Ahli Al-Quran lebih terbela di bawah kepimpinan Islam bukannya semakin disisih...Wallahu a'lam..


Dari KOSMO :

Warga tahfiz Kuin berdemonstrasi
PELAJAR Kuliyyah al-Quran Insaniah mengadakan demonstrasi membantah penempatan
Sekolah Insan Bestari di bangunan Maahad Tahfiz di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Kira-kira 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan pengurusan kolej menjadikan bangunan Maahad Tahfiznya sebagai Sekolah Insan Bestari (SIB).

Dalam demonstrasi di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy itu, warga tahfiz Kuliyyah al-Quran membawa kain rentang dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Kuin menempatkan SIB di bangunan mereka.

Timbalan Dekan Kuliyyah al-Quran, Mohammad Idrus Ismail, 50, berkata, demonstrasi itu diadakan bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin terutama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Pengerusi Kuin.

“Suara ini ditujukan khas buat Menteri Besar sebagai Pengerusi Kuin kerana kami sudah tidak ada lagi kepercayaan kepada pengurusan Kuin,” katanya.

Edisi Utusan Malaysia:

Guru, murid tahfiz tunjuk perasaan ALOR SETAR 1 April – Kira-kira 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.

Timbalan Dekan Kuliyyah Al-Quran Kuin, Mohammad Idrus Ismail berkata, demonstrasi selepas solat Jumaat di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy itu bertujuan membantah tindakan pengurusan kolej mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari (SIB).

Katanya, bangunan Maahad Tahfiz itu mengandungi kelas pengajian dan asrama pelajar tahfiz sejak 2001, namun bangunan itu yang menjadi pusat pengajian dan asrama telah diambil alih oleh SIB bermula Januari lalu.

“Suara ini ditujukan khas buat Menteri Besar sebagai Pengerusi Kuin kerana kami di pihak pentadbiran Kuliyyah tiada kepercayaan lagi kepada pengurusan Kuin,” katanya ketika ditemui oleh pemberita di sini hari ini.

Dalam demonstrasi secara aman itu, pelajar-pelajar melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan Kuin menempatkan SIB di bangunan mereka.

Mohammad Idrus meminta Menteri Besar meneliti perkara itu kerana bangunan Maahad Tahfiz sebenarnya telah digazetkan untuk kegunaan pelajar tahfiz, bukannya dikongsi dengan SIB.

“Saya terkilan kerana dengan kewujudan Sekolah Insan Bestari ini, pelajar tahfiz terpaksa keluar mencari rumah sewa kerana bilik asrama tidak cukup,” jelasnya.

Sementara itu, wakil pelajar, Ahmad Remy Md. Raof, 25, memberitahu, ada khabar angin mengatakan pelajar tahfiz akan dipindahkan ke tempat lain bagi memberi laluan kepada SIB.

“Sebagai pelajar, kami tidak puas hati kerana kita seperti dipinggirkan dan di sini kami tinggal di asrama di tingkat atas manakala bahagian bawah dan kelas pengajian diambil alih Sekolah Insan Bestari.

“Dulu tidak ada masalah, sekarang timbul pula isu nak rampas bangunan ini dan ada ura-ura kata semester depan tidak boleh masuk dah bangunan ini,” katanya sambil memberitahu kelas pengajian pelajar tahfiz kini adalah di Mergong.

Justeru, Ahmad Remy berharap, memorandum bantahan yang akan diserahkan kepada Menteri Besar dalam minggu ini juga akan memberi sinar baru kepada pelajar tahfiz untuk belajar dalam suasana lebih selesa.

“Kami mahukan kemudahan dan ruang belajar yang selesa di mana bangunan Maahad Tahfiz ini sesuai di sini kerana terletak bersebelahan masjid kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sana,” tambahnya.



No comments:

Post a Comment