Thursday, April 7, 2011

HARI HARI AKHIR RAJA BEROOKE

TANAH TUNTUTAN MEREKA


HARI PERTAMA KEMPEN PAKATAN DAPAT SAMBUTAN HEBAT- mkini

Kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak bermula dengan baik malam tadi dan majlis anjurannya mendapat sambutan hebat di Kuching, Sibu dan Miri.

Di pusat komersial Premier 101 Kuching, dianggarkan 5,000 orang
membanjiri pusat penjaja untuk mendengarkan ceramah orang kuat pembangkang, termasuk setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Manakala di pusat komersial Boulevard di Miri, dan satu lagi berhampiran Specialist Medical Centre di Sibu, masing-masing dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Dalam twitternya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyifatkannya bukan sahaja satu rekod tetapi juga satu permulaan yang baik bagi Pakatan Rakyat.

Wartawan tempatan juga memberitahu Malaysiakini bahawa sambutan kepada pembangkang kali ini lebih menggalakkan berbanding dengan suasana pilihan raya 2006.

Di Kuching, tempat perhimpunan penuh sesak, sehingga memaksa penganjur meletakkan pembesar suara dan projektor di kawasan berhampiran untuk memboleh lebih ramai mengikuti ceramah di situ


DENGAR DAN HAYATI




nota:
kita bernasib baik kerana taib mahmud bertanding
orang jahat macam ini membantu kita
kita lebih senang buat kerja menaikkan
kesedaran rakyat dari cara
yb salehuddin ayub yang menyamar
tetapi pro nuklear

jahat yang jelas senang dilawan
jahat menyamar pakai jubah agama
susah sikit!

1 comment:

  1. Tukar tiub lagii...
    Dengan teknologi nuklear lah manusia dapat menembusi angkasa raya dengan lebih pantas,Jepun pun menggunakan tenaga tersebut untuk sistem tenaga dinegaranya....
    Apa la punya bangang...pemikiran tukar tiub nie samalah macam pemimpin2 PAS suatu ketika dulu yang anti segalanya...
    Mungkin suatu hari nanti tenaga nuklear tersebut akan menggantikan penggunaan minyak petrol...siapa sangka....

    ReplyDelete