ALOR SETAR - UMNO negeri diminta agar tidak hanya pandai menabur janji kosong semata-mata berhubung dilema yang dihadapi penduduk Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, demi meraih sokongan rakyat sebaliknya perlu membuktikannya dalam bentuk tindakan.
Wakilnya, Ismail Bakar, 47, berkata, beliau berterima kasih di atas keprihatinan dan kesediaan UMNO Kedah untuk mengadakan perjumpaan dengan penduduk bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut sejak 2004 itu.
“Apa yang kami bimbang ialah, ia hanya kenyataan kosong semata-mata, mereka membuat janji tetapi akhirnya tetap tidak turun dan bertemu penduduk di sini.
“Jika benar UMNO negeri ikhlas untuk membantu nelayan di taman ini, saya mewakili penduduk taman memohon agar mereka menetapkan satu tarikh, masa dan tempat yang bersesuaian, untuk bertemu dengan semua penduduk terlibat,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pada 2004 iaitu sewaktu Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, Barisan Nasional (BN) pernah membuat janji sama tetapi mereka hanya mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sahaja.
“Kali ini, jika mereka benar-benar ingin membantu, sebaiknya pertemuan diadakan melibatkan semua penduduk yang berkenaan.
“Kita tidak mahu hanya janji kosong yang ditabur, ibarat menanti buah yang tidak gugur,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dalam satu sidang media, menyatakan UMNO negeri bersedia mengadakan perjumpaan dan mendengar luahan hati lebih 40 penghuni Taman Kota Nelayan dalam masa terdekat untuk mencari penyelesaian berhubung status kediaman rumah mereka yang menjadi tanda tanya sejak 2004.
Menurutnya, Kerajaan Negeri di bawah BN pernah menjalankan pemindahan kesemua kira-kira 700 penduduk Kampung Baharu dan Seberang Kota, Kuala Kedah ke penempatan baru di taman itu.
Mereka bersetuju dengan permintaan penduduk untuk memberikan status penempatan tetap kepada kesemua pemilik di taman terbabit.
Bagaimanapun usaha itu tidak dapat disempurnakan setelah Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2008.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, sehingga kini tiada wakil Kerajaan Negeri yang tampil bertemu penduduk bagi menyelesaikan itu berkenaan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan lebih 40 penghuni Taman Kota Nelayan mengadakan perhimpunan aman menuntut janji yang ditaburkan Kerajaan BN dan janji Kerajaan Pas yang kini mentadbir Kedah.

Kemudian timbul pulak isu penghuni perumahan nelayan di Kuala Kedah yang mencabar PAHROLROZI berdebat dan mengemukakan tuntutan bahawa parti mana yang boleh selesaikan masalah hakmilik rumah mereka akan diberi undi. Walhal kepala yang buat demo adalah orang kuat PAS sendiri, diantara golongan yang kalau ikut rekod Bahagian perumahan Kerajaan Negeri di Wisma antara yang tak pernah bayaq sewa rumah tersebut, sebulan RM100 sahaja sejak dia duduk. Rupanya macam tu kelaku penyamun PAS, harta negeri, duit rakyat depa samakan seperti duit dan harta mak bapak depa.
ReplyDeleteRead more: http://syburi-times.blogspot.com