Saturday, May 7, 2011

Bajet UUM 300juta nak ambik 1.7juta bayaq cukai pon tak boleh kaa...???

Pemuda UMNO bidas keputusan tolak rayuan UUM

ALOR SETAR - Tindakan Kerajaan Negeri menolak rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) supaya cukai tanah dikurangkan dibidas Pemuda UMNO Kedah.

Ketuanya, Badrol Hisham Hashim berkata, Kerajaan Negeri tidak sewajarnya mengambil keputusan seumpama itu yang menggambarkan mereka seolah-olah tidak mahu bertolak ansur dalam isu itu.

“Kerajaan Negeri seharusnya bersikap rasional dalam hal ini, apatah lagi UUM adalah antara institusi pengajian tinggi terulung di negara ini dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan anak bangsa.

“UUM bukanlah institusi yang berorientasikan perniagaan, Barisan Nasional (BN) sewaktu mentadbir negeri ini boleh memberi rebat kepada UUM, kenapa Kerajaan Negeri ditadbir Pas tidak boleh melakukan perkara sama?” katanya.

Menurutnya, Pemuda UMNO Kedah kesal dengan keputusan yang diambil oleh Kerajaan Negeri walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dalam kenyataannya mendakwa UUM tidak mempunyai masalah kewangan kerana belanjawan tahunan mencecah RM300 juta sebaliknya UUM cuba menyimpan ‘duit poket’ lebih.

“UUM adalah sebuah institusi pengajian tinggi dan mempunyai bajet terhad, justeru jika mendapat rebat cukai tanah, bajet itu boleh disalurkan untuk keperluan lain termasuk menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada pelajarnya,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Kerajaan Negeri memutuskan untuk menolak rayuan pengurangan cukai tanah dan UUM diminta melunaskan cukai RM1.7 juta selewat-lewatnya 1 Jun ini atau bakal dikenakan penalti RM91,000 selain berhadapan risiko tanah disita.

2 comments:

  1. Kalau nak buat bendang kena bayar sewa tanah, kalau tak mampu serah balik kita nak sewakat orang lain pulak
    Pemuda Amno dok kalut buat apa?pebetoi Amno Kedah dulu baru boleh selak tepi kain orang. hampa pun bejalan tak betoi nak tegur orang, porahhhhh!

    ReplyDelete
  2. Lain kali buat peDajjal lagi...canang 1 Malaysia dengan fitnah Kerajaan Negeri naik cukai tanah berganda2...bekalan air yang tak cukup..
    Hang pa pikiaq MB Kedah,Exco2 dan kakitangan kerajaan negeri tak tau malu ka.....
    Lain kali gunalah cara orang Islam datang jumpa elok2 berbincang dah tahu rebet cukai tanah dah nak tamat tempoh....
    Manusia ada maruah oooo hang pa ingat UMNO saja ka yang ada maruah...

    ReplyDelete