Wednesday, May 25, 2011

Indeks jenayah di Kedah menurun

JITRA 25 Mei — Indeks jenayah di Kedah dalam empat bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga April menurun hampir lapan peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, indeks jenayah bagi tempoh tersebut tahun lepas ialah sebanyak 4,285 kes berbanding 3,953 kes tahun ini.

“Jenayah jalanan turun paling banyak iaitu 22.59 peratus atau 370 kes berbanding 478 kes dalam tempoh tersebut tahun lalu, jenayah kekerasan pula turun 6.88 peratus, manakala jenayah harta benda turun 7.93 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ujian Kemahiran Menembak PDRM/Perkep sempena sambutan Hari Polis ke-204 bagi kontinjen polis Kedah, di sini hari ini.

Ahmad berkata, keadaan itu memberi gambaran bahawa usaha membendung jenayah di Kedah adalah berkesan.

Katanya, ujian kemahiran menembak tersebut merupakan acara tahunan bagi merebut Piala Ketua Polis Kedah yang disertai kira-kira 350 peserta. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment