Monday, May 2, 2011

Ingat...fokus...fokus...fokus ....Pakatan Rakyat......jangan HILANG fokus

Pakatan Rakyat......sudah hilang fokus?

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah menyambut cabaran pimpinan PAS supaya mengambil ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong melibatkan video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun dengan syarat Ketua Pembangkang tersebut turut menjalani ujian poligraf yang sama. "Saya mahu proesedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat saiapa yang benar dan berbohong," kata Shazril Eskay yang pada Jumaat lalu bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video berkenaan ialah Anwar.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahukan trio Datuk T menjalani ujian itu bagi membuktikan mereka bercakap benar.

[sumber .]

Kenapa kita banyak buang masa layan karenah mereka yang memang desperate ni.

Ingin diingatkan jangan masuk perangkap mereka......rakyat terbanyak memang tidak percaya pada mereka......kenapa kita tolong menggali lubang untuk mereka buang najis mereka?

Terlalu banyak masa...buah fikiran terbuang sia-sia semata-mata untuk menangkis suatu benda yang kita sendiri yakin tidak wujud.

Sekarang fokus kita sudah terpesong......PRU13 bila-bila masa dari sekarang......Buku Jingga bagaimana?

Berapa peratus sudah kumpulan sasar dapat maklumat itu?

Daftar pengundi bagaimana?

Masih banyak lagi isu-isu lain yang rakyat terbanyak perlu tahu.

Kenapa kita teralih dan terpesong sehingga hilang fokus terhadap isu sebenar dan priority kita dek permainan licik mereka?

Ingat fokus kita ialah memasuki PRU13 untuk menumbang keangkuhan Umno/BN bukan menumbangkan 3 Mamat Sesumpah tu.

al-brangionline:

Pakatan Rakyat......jangan lupa.....kita mesti fokus...fokus...fokus.

Ingat...fokus...fokus...fokus

http://al-brangionline.blogspot.com

3 comments:

  1. Aku pun sama pandangan macam hang albarangi ooiii..
    PR tak nak tengok joget lambak UMNO tapi mengintai dari jauh....
    Sepatutnya PR cuba membawa isu sendiri..anggap UMNO hanyalah pengacau sepanjang jalanan..
    Tetapi bila PR leka asyik melayan karenah pengacau maka akhirnya matlamat akan lambat tercapai...
    Kalau boleh hari2 Pemimpin PR bahaskan mengenai Buku Jingga tersebut biar rakyat faham..bukannya bahas tentang janggut,misai dan rambut DSAI..ini semua benda2 yang tidak penting untuk masa depan politik msia...

    ReplyDelete
  2. dua-dua hangpa mempunyai akai pemikiran dan pendapat yang paling bernas untuk menjahanamkan PR ! TAHNIAH tengala & albrangi ...

    Aku akui hangpa cerdik, tapi cerdik tak buleh diajaq dah orang panggey TEPU. TEPU tu kalau dah lama-lama dia jadi keraih perut pedai ... jadi, apa saja tarbiyyah takkan digunapakai ... kecualilah hangpa berdua kena berlapang dada untuk menerima pendapat orang ...

    maksud aku, takkanlah sampai begitu sekali hangpa tak mau amik pot pasai isu sedia ada (yang KONONNYA) UMNO yang buat isu tu ... maka, hangpa tak perlu la menari joget bersama, mengintai dari jauh atau mendengar sedikit bunyi dari keriuhan joget UMNO tu?!? BODOH nya hangpa berpolitik !

    Aku dalam hal ni, aku suspek oppsss, respek KEdahLaNie Blog ... Admin KLN memang sempoi, sebab sanggup mendedahkan sekurang2nya isu-isu semasa yang UMNO sedang gunakan untuk meracuni semua puak PR yang dah lama layu ingin menyembah bumi ...

    Biaq la berlawan apa saja isu pun... awat pulak perlunya fokus fokus fokus, sehinggakan hangpa seolah-olah memarahi puak-puak hangpa yang menjawab ISU tu!

    kata LAWAN TETAP LAWAN !? mana pi prinsip tu.?... kalau UMNO suruh bersumpah, hangpa jawab dengan dalil hangpa yang mengatakan ISLAM TAK BENARKAN BERSUMPAH, QAZAF sahaja boleh! ...

    Sekarang Puak PAS sendiri (Ingat! bukan puak kami UMNO yang sebut Polygraf ni yerrr!) Husam yang mula2 minta Datuk T buat ujian Polygraf, tapi hangpa berdua sebagai pencacai ni kenapa pulak tak benarkan PR terus menari mengikut rentak joget UMNO ni? AWAT TAKUT TERBONGKAR KESALAHAN KA ??? ...

    Apapun, jangan jadi bodoh dengan melakukan aktiviti BUAT BODOH macam yang hangpa berdua sarankan tu! Lagi la rakyat nampak hangpa lekeh + memang SALAH pun!


    Tulus Ikhlas ;
    AloQStaQ
    AloQStaQBlog.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Hahaha Aloq Setaq...
    Orang yang matang hanya akan membincangkan isu yang boleh diterima akal..
    Satu soalan bodoh untuk hang...
    1. Kenapa datu Eskay tu tidak ditahan sehingga sekarang kerana menjadi punca kepada pengedaran video lucah yang kononnya DSAI adalah pelakonnya..
    2. Kenapa tiada mana2 satu Jabatan Agama Islam dalam Malaysia yang mahu menyaman DSAI kerana terbabit dalam penzinaan..
    Ha hang tolong jawab soalan bodoh aku nie dulu....kalau hang berakal...
    Sebab tu aku cakap penyokong PR kena focus,focus,focus isu yang lebih besar bukannya isu yang membodohkan orang yang menjadi makanan penyokong2 UMNO...

    ReplyDelete