RM300,000 tanam pokok

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM300,000 bagi fasa pertama menggalakkan penduduk seluruh negeri ini menanam pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan sepanjang tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata, peruntukan yang disalurkan melalui Pegawai Daerah itu merangkumi pengagihan benih pokok buah-buahan terpilih yang akan ditanam di sekeliling rumah penduduk.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Pertanian adalah RM13 juta merangkumi pelbagai projek pertanian mengikut perancangan.
“Sekiranya fasa pertama berjaya menarik ramai penduduk menyertai projek tanam pokok buah-buahan tempatan, kita berhasrat menambah peruntukkan bagi fasa seterusnya antara RM300,000 hingga RM400,000.
“Antara pokok buah yang dikenal pasti untuk dikembangkan ialah pokok nangka madu, durian kunyit dan pisang berangan,” katanya ketika merasmikan Kempen 1 Rumah 10 Pokok Buah-buahan peringkat negeri di Kampung Huma, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, melalui usaha itu secara tidak langsung dapat meningkatkan pengeluaran makanan negara di samping mengeksport produk buah-buahan tempatan ke negara luar bagi menambah pendapatan sampingan penduduk.
“Kita mahu jadikan Kedah seperti ‘Belanda Timur’ yang menunjukkan pelbagai kemajuan membanggakan terutama dalam bidang pertanian walaupun dikelilingi oleh negeri moden dari segi pencapaian dalam bidang perindustrian.
“Kedah kaya dengan sumber semula jadi terutama tanah luas, namun terdapat banyak tanah terbiar justeru melalui projek seperti ini akan dapat mengatasi masalah itu seterusnya dapat memanfaatkan sumber yang ada,” katanya.
Sementara itu, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Perladangan Komoditi, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata empat kampung dipilih bagi melancarkan kempen itu.
“Ia melibatkan Kampung Huma, Kampung Besar, Kampung Kubang Raja, Simpang Tiga. Memorandum perjanjian juga dibuat antara wakil penduduk Kampung Huma dengan Kedah Agro Holding bagi membeli hasil buah pokok yang ditanam.
“Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan dari segi bantuan infrastruktur dan bekalan input tanaman bagi meringankan beban pemilik tanah setelah dikenal pasti terdapat lebih 10 hektar tanah terbiar di setiap mukim untuk pemulihan,” katanya.
Menurutnya, hasil tinjauan produk buah-buahan tempatan mendapat pasaran baik terutama di Pasar Raya Parkson di Beijing antaranya nangka madu yang dijual dengan harga RM20 sekilogram begitu juga dengan buah-buahan lain.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail dan Pengarah Jabatan Pertanian Kedah, Ismail Salleh.

Alhamdulillah...
ReplyDeleteMoga Allah teruskan pemerintahan negeri Kedah kepada mereka2 yang layak untuk membangunkan Agama Islam dan masyarakat amnya..aminnn...