Friday, June 3, 2011

KETUA DEWAN ULAMAK PAS TIDAK MAHU MAT SABU?

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS disaran oleh Ketua Dewan Ulamaknya agar tidak terlalu mengikut rentak atau terlalu meraikan sesiapa termasuk rakan sekutu dari Pakatan Rakyat agar identiti dan jati diri PAS sebagai parti Islam tidak tercemar. Ini ucapan datangnya dari Datuk Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulamak PAS dan tidak diketahui maksud beliau itu.

Pertamanya ingin dipersoalkan, adakah imej PAS terjejas atau bertambah kuat selama berada di dalam Pakatan Rakyat? Jika benar terjejas, mengapa ianya terjejas dan siapa penyebabnya perlu diterangkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS tersebut. Sekiranya tidak terjejas atau PAS sekarang semakin diyakini oleh rakyat, perlu apa Datuk Harun Taib berkata demikian?

Memetik laporan di sini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu. Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu. "Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat"(Malaysiakini).

Apabila mendengar ucapan seperti ini, mungkin ada yang berpendapat ianya tidak berlaku di dalam PAS cuma sekadar ingatan dan nasihat dari Ketua Dewan Ulamak PAS itu. Jika benar, nasihat itu boleh diterima secara positif walaupun mungkin ada yang memberi tafsiran sebaliknya. Mungkin Dewan Ulamak PAS juga boleh menerima jika di dalam perhimpunan parti samada PKR atau DAP ada pemimpin yang berucap agar parti tidak terlalu `meraikan' PAS.

Di dalam ucapannya itu juga, Datuk Harun Taib juga mahu PAS mengekalkan `Ulamak Haraki' di dalam saf kepimpinan tertingginya. Ada suara yang berkata ucapan ini seolah-olah ingin memberitahu perwakilan bahawa `Ulamak Haraki' mesti dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS, dan yang pasti tokoh itu bukan Mohamad Sabu. Dan, semua tahu Mohamad Sabu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin dari DAP terutamanya KM P.Pinang, Lim Guan Eng. Tidak dipastikan adakah hubungan seperti ini boleh dianggap `terlalu meraikan' rakan sekutu dari PR.

Jelas, samada cara itu betul atau tidak, Ketua Dewan Ulamak PAS itu telah berkempen agar Mohamad Sabu tidak terpilih. Datuk Harun Taib bukan sahaja berucap `melukakan' rakan sekutu dari PR, tetapi turut `melukakan' hati tokoh PAS sendiri iaitu Mohamad Sabu. Saya yakin tidak semua setuju dengan ucapan yang kurang bijak itu./wfauzdin.blogspot.com

2 comments:

  1. jangan bergaduh :-)







    ---------------------------------------------------------
    Transformasi FELDA olok2 - Hukum Karma dan Pengkhianatan. Undi BN Undi HARAM. Risiko berganda yang pasti buat generasi baru jika mengundi BN
    http://blog1malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Patutlah Mat Sabu tak menang di Kuala Teranggani, jangan pisang berbuah 2 kali.

    ReplyDelete