Alor Setar, 1 Jun - Kewujudan pusat karaoke di negeri ini masih terkawal di bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan. Ia hanya dibenarkan beroperasi dalam kawasan bandar dan tidak di dalam kampung.
Demikian penjelasan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' It Phahrolrazi Zawawi mengulas isu pertambahan pusat karaoke di negeri Kedah. "Ia diwujudkan mengikut keperluan, jika terlalu banyak pusat karaoke pun mereka tak boleh hidup jika tiada permintaan," ujarnya.
Beliau tidak nampak keperluan untuk mengharamkan karaoke sepenuhnya kerana setakat ini pihak berkuasa agama tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa ianya haram. Ia berbeza, katanya, dengan pusat hiburan lain yang turut menjual arak.
"Dasar kita mengenai arak dan judi adalah jelas, kita tak membenarkan sama sekali kewujudan premis baru untuk jualan arak dan judi. Begitu juga orang Islam tidak dibenarkan bekerja di premis tersebut," ujarnya.
Beliau memberi jaminan untuk mengawal pusat karaoke melalui penguatkuasaan jika terdapat elemen yang menyalahi peraturan yang terdapat di pusat tersebut. Begitu juga jika wujudnya pusat karaoke haram di kampung-kampung, ianya hendaklah dilaporkan supaya dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
tu dia eh.....jawapan dah macam Hamid Osman dah......bandaq ka, kampong ka, benda nie menggalakkan kemungkaran....pakai la kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah dan akhlak....lagi pun, budak2 muda pi bandaq bukan pukoi pakai kaki....depa dah ada moto keta...sat ja sampai....takkan nak tunggu masuk kampong baru nak gelabah....apa beza kampong dgn bandaq...org bandaq saja ka boleh karoke...org kampong tak boleh...penin aku.....
ReplyDeletetu dia eh.....jawapan dah macam Hamid Osman dah......bandaq ka, kampong ka, benda nie menggalakkan kemungkaran....pakai la kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah dan akhlak....lagi pun, budak2 muda pi bandaq bukan pukoi pakai kaki....depa dah ada moto keta...sat ja sampai....takkan nak tunggu masuk kampong baru nak gelabah....apa beza kampong dgn bandaq...org bandaq saja ka boleh karoke...org kampong tak boleh...penin aku.....
ReplyDeleteSetuju dengan tibai...
ReplyDeleteBenda ni umpama bisul...lama-kelamaan jadi kanser...terutamanya pada remaja Melayu. Penyakit sosial remaja Melayu dah cukup kronik... Benda mungkar ni mmg tak elok tak kira di mana saja di bumi Allah ni.
Buat pimpinan Negeri Kedah especially yang bertitle Ulama'
fikir-fikirkanlah....
Ramai yang marah2 aku (AloQStaQBlog) bila mengutarakan isu ni, sebabnya depa kata aku macam nak kacau bab hiburan di Kedah ni...
ReplyDeleteMemang aku akui, kalau kat negeri2 lain pimpinan UMNO BN, memang wujud banyak lagi pusat lebih teruk dari yang AloQStaQBlog siarkan DISINI (KLIK) tetapi itu memang dah jadi lumrah UMNO BN tiada dasar untuk menyekat kebebasan berhibur.
Asalkan batasan peraturan yang telah digariskan tidak diengkari (tiada penggunaan dadah, tutup sebelum jam 2 pagi, tiada gejala pelacuran, tiada gejala sosial yang melampaui batas). SEBAB UMNO BN tidak pernah berjanji kepada dunia ini untuk mengelakkan pertumbuhan pusat2 hiburan.
Perkara tersebut telah disanggah oleh PAS sejak sekian lama, kononnya PAS mempertahankan Islam.
PAS tuduh UMNO BN menggalakkan maksiat , malaysia dah jadi sarang maksiat , segalanya dicerca oleh sekalian ahli PAS terhadap kepimpinan UMNO BN atas sebab hiburan (dan lain-lain).
Aku ingatkan, bila PAS dah dapat memerintah KEDAH, akan berkuranglah segala tempat-tempat berhibur dan hanya mengekalkan apa yang UMNO BN pernah tinggalkan sebelum ini.
Rupa-rupanya aku tersalah anggap, PAS lebih terkedepan dalam membenarkan pusat-pusat seperti itu tumbuh menggalak lagi di Kedah khususnya di Alor Setar ni. PEDIH MATA & HATI !
PEDIH MATA sebab tengok banyak sangat pertambahan. Hanya dalam masa 3 TaHUN, dah dekat 10 buah !
PEDIH HATI apabila terkenangkan janji-janji PAS sebelum jadi pemerintah dahulu bahawa mereka akan memimpin dengan ISlamik & mengurangkan elemen2 hiburan yang lagho (seperti yang didedahkan ini!)
SEKARANG, LAGI PEDIH HATI APABILA EXCO SENDIRI BERCAKAP SEUMPAMA MELEPAS BATUK DI TANGGA ! ~ RUPA-RUPANYA KERAJAAN KEDAH MENGANGGAP INI SEMUA "mengikut keperluan, jika terlalu banyak pusat karaoke pun mereka tak boleh hidup jika tiada permintaan" ....
HADOIIIIII ! LEBIH TERUK DARI UMNO. JANJI DULU MANA DATOKKKK !???
(Harap Admin KedahLaNie Siarkan Komen Aku kali ni, TQ!)
AloQStaQ