Tuesday, June 7, 2011

UTUSEX : PAS MULA BERBALAH... - Balah tangmananya..???



Rasanya aku takyah jawab la kot isu bangang yg di bawa oleh Mahadet pasai tajuk bangang UTUSEX hari ini..dia mai kot mana tak tau tetiba keluaq PAS BERBALAH... berbalah tang mana tak tau..eishh eishhh..eishhh.. buat la tajuk macamana pon nak bagi PENYOKONG TOTOK hangpa kat kampung2 sana seronok sendiri...tapi hakikatnya hangpa semua dah tak tidoq lena dah sekarang nie... bersedialah hangpa....

Pasai tajuk ulasan Mahadet aku copy paste yg SAIFUDIN NASUTION katakan dalam harakah semalam..hangpa baca laa nooo...

Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."

Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Surat Dr Mahathir

Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

“(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

“Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua,” katanya.

“Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik,” kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka “diambil secupak-secupak” sehingga habis.

“Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS,” katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

http://anakkedah007.blogspot.com

1 comment:

  1. bagi aku mudah saja:
    kalau kerajaan negeri buat silap,siapa pun nak hantam,hantam sajalah.itu hak sebagai pengundi dan penduduk.
    tetapi kalau hal ehwal parti PAS,kalau ada yang bukan ahli PAS nak tegoq atau nak komen itu ini,aku kata hampa memang bangang dan biol.
    nak bagi tau,lantak kamilah nak buat apa dengan parti kami.kalau majoriti ahli kami mau corak A,maka corak A lah kena kami buat.
    yang orang lain dari ahli PAS dok meroyan pasai apa?.

    pasai ni kot:-
    1-perubahan yang dibuat olih PAS akan mengkojolkan BN.
    2-hampa dah mula bahang panas pungung bila ahli PAS sedar perlembagaan yang ada menghalang PAS dari meneruskan niatnya,dan perlembagaan tu hampa yang buat.
    3-sepatutnya hampa seronok bila PAS dah lari dari matlamat(yg hampa kata tu)sebab ini bolih jadi modal kempen hampa,tapi bila hampa sedaq nak seronok apanya,depa yang diluar sana tau hampa memang juara temberang.
    4-yang bagi mandat pada golongan profesional tu terdiri dari campuran semua asas pendidikan temasuk juga undi dari depa yang keluar dari sekolah pondok,malah ada yang jadi pengendali sekolah pondok.Tak kan golongan ni nak tendang kepala depa kot.

    ***awat!kalau PAS tak ubah corak kepimpinan dan matlamat ,hampa akan sokong PAS ka?..tobat lahum hampa dengan karat biru kiang juga.

    so,jangan dok kacau apa yang parti lain buat.jaga parti hampa sendiri.ini juga aku nak kata pada ahli PAS jika ia libatkan hal dalaman parti umno,lantak pi lah depa nak buat apa.kalau libatkan kerajaan,barulah kita bolih taruh pasai hal dalaman parti tak sama dengan hal hal kerajaan

    ReplyDelete