Berapa kos kerajaan halang himpunan Bersih 2.0
PARIT BUNTAR, 12 Julai: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) mempersoalkan kewajaran polis mendedahkan kononnya kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan aman di ibu negara, Sabtu lepas.
Beliau berkata, dikatakan sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.
Katanya, kenyataan tersebut dikatakan untuk menafikan dakwaan bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.
Dalam kenyataan itu juga Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.
Dalam kenyataan itu dikatakan ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.
Tempat tahanan itu melibat Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras.
“Bagi saya tujuan kenyataan yang dikeluarkan di atas adalah untuk menunjukkan baiknya pihak kerajaan melayan orang kena tahan (OKT) sedangkan realiti yang dapat disaksikan dengan ratusan jumlah rakaman yang tersebar dalam media baru dengan jelas menunjukkan para peserta himpunan aman Bersih dikasari dan ada yang diperlakukan seperti binatang,” ujarnya.
Persoalanya, kata beliau wajarkah seramai itu mereka ditahan sedangkan himpunan itu adalah himpunan aman dan sudahpun mendapat perkenan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.
Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, cuma pihak Hishammuddin sahaja yang berdegil untuk tidak memberi permit sesuai dengan pemohonan Jawatankuasa Bersih yang memohon untuk berhimpun di Stadium Merdeka.
Selain itu, soalnya kenapa pula pihak polis tidak sedikitpun mengeluarkan kenyataan walaupun didakwa anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus, namun berapakah jumlah biaya yang dikeluarkan untuk itu.
“Setahu saya jumlah pasukan keselamatan yang dikerah untuk bertugas melebihi 10,000 orang.
“Kalaulah seorang memerlukan peruntukan makan sebanyak RM10 sahaja tentunya biayanya lebih besar dari biaya untuk OKT iaitu RM100,000,” ujarnya.
Itupun, katanya tidak dikira lagi elaun perjalanan, dan lain-lain tuntutan bagi semua anggota yang terlibat.
“Jangkaan saya akan mencecah tujuh angka,” katanya.
Malah, ujarnya menurut OKT sejadah untuk sembahyang yang disediakan nampak baru semuanya dan berapa pula biaya untuk itu semua.
“Juga kenapa pula mereka tidak mengeluarkan kenyataan mengenai biaya menyediakan peluru gas pemedih mata dan air asid yang saya kira mungkin paling banyak digunakan pada himpunan aman itu,” katanya lagi.
beliau menambah, sesungguhnya membesarkan jumlah biaya makan untuk OKT dangan merahsiakan jumlah biaya keseluruhan operasi menghalang hak dan kuasa rakyat berhimpun secara aman adalah sesuatu tindakan yang lucu dan tidak bertanggungjawab.
Justeru, beliau mengharapkan ada ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang akan menjadikan topik itu sebagai soalan dalam sidang Parlimen akan datang.
Apapun, katanya tindakan menghalang himpunan aman adalah jelas satu tindakan yang sangat tidak bijak dan menggambarkan ketakutan yang amat sangat kepada demokrasi yang lebih bersih dalam negara kita.
Tambahnya, pemimpin Umno dan BN sangat takut dengan kuasanya yang akan hilang tanpa bantuan tongkat sakti selama ini yang semakin tidak sakti.
Baginya, apa saja alasan yang dikeluarkan oleh mereka sebelum dan selepas himpunan aman Bersih adalah usaha untuk menggambarkan himpunan itu gagal mencapai matlamatnya.
“Biarkan mereka cuba menipu rakyat dan dirinya sendiri. Marilah kita sama-sama bertekad untuk menyelamatkan Malaysia yang mesti diselamatkan dalam PRU akan datang.
“Tidak ada lain hanyalah dengan berkerja dengan gigih dan tekun tanpa mengitra penat dan lelah. Apa lagi untuk takut kepada ancaman dari BN yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan itu,” katanya.
Sape yang takut PAS ke BN? Mana janji Mat Sabu dan Anuar nak kumpul 300 ribu rakyat malaysia. 5 ribu pun tak sampai, tak usah temberang saya ada di bukit bintang ke jalan stadium merdeka. Mana ada rakyat marhaen malaysia yang diapi-apikan, yang banyak nampak puak2 pembankang dan NGO yang pro pembangkang. Kenapa tak cakap sekarang rakyat malaysia nak saman bersih dan pembangkang 100 juta kerana kerosakan harta benda dan kehilangan punca pendapatan pada hari itu. Kalau hebat sangat bersih nak tiru macam mesir dan libiya yang masih bergolak dengan demo yang tak sudah2 hingga sekarang dan ekonominya merundum sampai, ada yang mintak sedekah tepi jalan...itukah yang PAS maukan mengikut telunjuk agenda yahudi dan kristian untuk menghancurkan negara islam. Jangan cakap bohong, awak tu parti islam, berdosakan memfitnah. Memang bodoh PAS .. takut kalah buat drama hindu. PAS dah terasa nyawanya dah sampai ke buntot akan kalah semua negeri2 yang akan dirampas balik oleh BN..insyaallah..takbirrr!!!
ReplyDeleteMak Tumbong
ReplyDeleteDengan sekatan & penutupan jalan pun begitu ramai menghadirkan diri, bayangkan kalau tindakan pengecut tersebut tidak dilakukan. Jangan kata 300 ribu, 3 juta pun boleh dikumpulkan.
Siapa yg hangat bontot skrg ni, PR atau umPORNO yang tida berani untuk menjalankan pilihanraya dengan cara yg bersih & telus.
Ini menunjukkan bahawa kejayaan umPORNO memerintah sekian lama adalah hasil dari penipuan di dalam pilihanraya.
So, skrg ni siapa yg dok buat filem hindu & siapa yg takut kalah?
Kalau PAS yg dikatakan parti Islam tidak boleh memfitnah, ini bermaksud yang umPORNO boleh memfitnah kerana ianya bukan parti Islam. Is that what you're saying?
Awak perbanyakkan bacaan terutama maklumat di dalam bahasa penjajah mengenai tunjuk perasaan di negara yg awak sebut tu. Then only you can understand why it is happening in the said countries. Don't rely on Utuseks Meloya saja.
Klu awak kata berada sendiri di tempat tu, saya tidak perlu berada di sana utk menilai berapa jumlah rakyat Malaysia yg ada dlm rally tersebut sbb saya tidak buta, tidak gagal dlm ilmu hisap/matematik.
aku tau admin Kedah Lanie siarkan komen "salah seorang pengkomen"tu bukan kerana quality komennya,tetapi sengaja nak dedahkan inilah saja tahab pemikiran orang orang umno.otak utusan malaysia lah katakan.
ReplyDeletejika pemimpin umno sendiri memperdayakan diri mereka untuk syok sendiri,so apalah aku nak hairan jika insan seperti "pengkomen tu" juga berfikiran macam ni.
kelmarin(malam tadi)seorang kawan lama bersungguh bagi tau namanya telah naik ditahap teratas sebagai calun pilihan dalam pru 13 nanti untuk wakil umno di satu kawasan yg pernah umno tewas bila ditandingi olih mamak menteri terang terangan.
sebagai sahabat lama aku nasihat,tak perlulah buang duit untuk bertanding selagi hang tak bolih dapat kepercayaan cina dan india kerana kawasan hang adalah kawasan campuran.
apa dia jawap:orang cina marah betoi dengan pakatan pasai depa tak bolih berniaga sebab BERSIH buat kacau di KL.Semua kedai kena tutup.Depa tak marah polis dan BN tapi depa marah BERSIH.So peluang BN cukup tinggi kali ini.
Inilah tahab pemikiran calun umno,jadi jangan hairan jika pengikutnya akan lebih terok dari itu.
BERSIH 2.0-peringkat awalnya ialah satu pesta berbagai bangsa(bangsa Malaysia)sambil berjalan jalan,tiada kekacauan,penuh kerharmurnian sehinggalah...