Ragut, samun berleluasa

KULIM - Seorang lelaki berusia 20an cemas apabila dia didatangi seorang lelaki bersenjatakan pistol sebaik keluar dari pejabatnya yang terletak di sebuah rumah kedai berhampiran pasar Kulim kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.
Menurutnya, kejadian itu berlaku terlalu cepat sehingga dia terpaksa akur kehendak suspek.
“Sebaik saja keluar dari pejabat, saya nampak suspek berjalan ke arah saya berseorangan dan kemudiannya mengacukan pistol ke perut saya. Suspek kemudiannya meminta menyerahkan beg galas yang ada pada saya.
“Bimbang keselamatan terancam, saya akur dengan kehendaknya,” katanya.
Dia berkata, suspek kemudiannya melarikan diri ke arah lorong gelap di belakang bangunan bank sebelum menaiki motosikal.
“Saya percaya suspek meletakkan motosikalnya di belakang bangunan itu sebelum melakukan samun.
“Saya dapat mengecam mukanya sekiranya polis berjaya menangkapnya ”katanya.
Dia yang mengalami kerugian lebih RM1,000 selain dokumen peribadi. Ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang ada di tempat kejadian kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Sementara itu, seorang pekerja salon yang ingin dikenali dengan nama Anita berkata, jenayah samun dan ragut sering berlaku di kawasan itu.
Menurutnya, rakan sekerjanya turut menjadi mangsa ragut ketika dalam perjalanan balik ke rumah kira-kira jam 7 petang.
“Sebelum ini pelanggan saya turut menjadi mangsa ragut. Ketika kejadian mangsa meletakkan beg di celah peha. Tiba-tiba datang seorang lelaki tidak dikenali masuk ke dalam premis itu lalu meragut begnya.
“Saya meminta polis supaya membuat rondaan lebih kerap di sekitar kawasan ini kerana setiap minggu ada sahaja mangsa diragut dan disamun,” katanya.

kes rompak ni bukan kat kulim saja..merata tempat..kat sik pun ada.. hari tu aku tengok polis buat roadblock merata. Ingat nak cekup penyamun..ropa-ropanya nak cekup BERSIH...wooo..syokla penyamun..depa boleh menyamun sebab polis sebok nak tangkap orang bersiar-siar kat KL waktu tu
ReplyDelete