ALOR SETAR - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kononnya Kerajaan Negeri pimpinan PR dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memilih bulu dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga kecil di Bandaraya ini.
Pengerusinya, Tan Weng Fatt berkata, dakwaan mengatakan tindakan penguatkuasaan MBAS hanya tertumpu ke arah peniaga Melayu dan India bersifat perkauman dan menunjukkan seolah-olah peniaga Cina memberi rasuah kepada penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun, Weng Fatt menegaskan perkara itu tidak berlaku, malah ramai peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Cina yang turut dikenakan tindakan penguatkuasaan MBAS terutama di sekitar Jalan Putra dan Kampung Berjaya.
“Saya minta pihak berkenaan mengemukakan fakta sahih sebelum mengeluarkan kenyataan kerana mana-mana peniaga cina yang melanggar undang-undang kecil perlesenan MBAS turut mengalami nasib serupa dengan peniaga lain.
“Saya sarankan MBAS untuk mengeluarkan statistik tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap peniaga Cina di Bandaraya ini kepada umum demi membuktikan PBT itu tidak pilih kasih dan mengamalkan rasuah sewaktu menjalankan tugas,” katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa Kerajaan Negeri dan MBAS bersikap pilih kasih dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang Kerajaan Tempatan apabila hanya menumpukannya kepada peniaga Melayu dan India.
Weng Fatt berkata, DHPP mengakui banyak menerima aduan puas hati segelintir peniaga kecil Cina sekitar sini yang kecewa dengan tindakan penguatkuasaan yang dikenakan
“Bagaimanapun DHPP enggan membangkitkan perkara itu terhadap Kerajaan Negeri setelah mendapati tindakan yang dilaksanakan mengikut undang-undang dan prosedur.
“DHPP sentiasa menasihati peniaga mematuhi syarat perniagaan dan perlesenan untuk memastikan kegiatan mereka tidak diganggu MBAS. Seharusnya ini yang dititikberatkan oleh Ikhlas, bukan menuduh Kerajaan Negeri zalim,” katanya.

No comments:
Post a Comment