Friday, July 15, 2011

Rosmah ada kat Amerika semasa hari beli cincin 24juta tuu...!!

Bukti Rosmah Ke New York Pada Tarikh Urusniaga(Shopping) Berlaku !!

Tarikh dan masa register, approved dan released


Tarikh yang dipaparkan pada gambar di atas bersamaan dengan najib pergi amerika dengan rosmoh april 2011 ini keratan berita :
SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.
Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.

Kehadiran Imelda Rosmah ke New York pada minggu tersebut menguatkan lagi hujah bahawa ada alibi yang menunjukkan Rosmah singgah membeli belah di New York, di mana terletaknya salah satu cawangan Jacob & co.

Lihat pula printscreen di bawah;

Alamt Jacob & Co di New York

Justeru itu, pihak SPRM harus segera menyiasat dengan menggunakan segala bukti-bukti yang telah diserahkan oleh gerakan anak muda SAMM semalam di Pulau Pinang. Bukti alibi pemergian Rosmah ke Amerika juga sepatutnya diambil kira.

Rakyat juga harus menilai dengan baik akan segala pendedahan yang telah dibuat, terutamanya dengan pendedahan printscreen sistem kastam, gambar Rosmah bersama gelang emas putih buatan Jacob & Co dan juga bukti yang alibi yang menunjukkan Rosmah ke New York pada minggu urusniaga kemasukkan cincin berlian itu di Kastam KLIA iaitu pada tarikh 16 April 2011.

Rosmah juga harus tampil segera menafikan siri-siri pendedahan ini kerana ia tidak mudah dipadamkan sepertimana padamnya perkataan FLOM dalam laman rasmi JPM suatu ketika dahulu.


4 comments:

  1. Katalah dia menabung RM1.00 sehari sejak 50 tahun yang lalu, adakah sampai RM24juta? Cuba kira?

    RM1.00 x 365 hari = RM365.00
    RM365.00 x 50 tahun = RM18,250.

    Kalau menabung RM10.00 sehari = RM182,500.

    Mustahil dia dapat menabung RM10 sehari 50 tahun yang lalu!

    Kalau tabungan disimpan dalam ASB 20 tahun yang lalu boleh dapat RM24juta ke?

    Tak kuasa Yong nak kira.

    Kalau nak tipu pun, cerdik le sikit.

    ReplyDelete
  2. Soalan bodoh aku!
    Aku yang dok percaya dengan cerita pun dah macam tak percaya pula.

    Kalau Rosmah dah ada disana,pasai apa dia tak bawa balik saja cincin tu.Dah disarungkan masuk di jari,kastam mana lagi nak check.Kalau orang chokia macam aku,tentulah kena check.Tapi ini VVVVIP.

    Dia baru dapat kot cincin tu?.Tapi kalau harga macam tu,tak kan nak pos kot.

    Haru biru betoilah hampa ni.Jangan jadi cerita,tulong pulaya limau musat cukup lah.

    ReplyDelete
  3. semua cerita melalut ni dari bukti screen shot borang Kastam K1 on-line.Borang ini boleh dibuka oleh syarikat forwarding yang berdaftar dengan pihak kastam. mereka boleh taip apa sahaja dalam borang tu kemudian ambik gambar dan cancel. Ini keje bebudak forwarding agent. Korang boleh rujuk ngan budak fowarding agent. nak tipu pun patut patutlah .. ada ker orang yang buat inspection nama rosmah mansur . ramainya yang pakat-pakat tanggung dosa belaka. rahmat atas rosmah mansur yang memikul fitnah yang korang dok buat tu. dah mentaliti pembangkang benda macam tu pun nak percaya.

    ReplyDelete
  4. Biarkan aku dengan soalan bodoh aku,tapi aku nak jawap sikit pasai pendapat PenganutPAS tu.

    dari 1987 aku dah terlibat dgn dt untuk input data yang dinamakan C**S system,dan terakhir dgn gem system,iaitu antara system dan data keewangan terkini dgn setiap id rm 20,000.00 utk permulaan.

    nak masuk data bukan macam masuk ws atau db yang bolih dilakukan olih sebarang makluk.kebenaran pula bukan dari para chokia dan yg input juga syarikat sengekek dan chokia.

    so pendapat penganutPAS aku tolak.

    berbalik pada soalan asal aku:carilah dan tunjukkan fakta yang lebih lengkap untuk aku sama sama percaya.

    ReplyDelete