ISU GEREJA: APAKAH KITA JUGA PENGAMAL PRAGMATIK?
Berbaik sangka dan sifat hormat menghormati antara kaum dan agama adalah sesuatu yang sangat disanjung demi keharmonian rakyat dalam negara ini. Apa-apa usaha yang dilakukan tanpa memikirkan implikasi kepada faktor ini adalah satu tindakan tidak cerdik dan menjuruskan kita kepada masalah yang tiada berkesudahan.
Tujuan politik adalah untuk mencari kaedah atau formula terbaik untuk menguruskan rakyat dan negara berdasarkan ideologi yang dapat diterima oleh kebanyakan rakyat. Adalah sesuatu yang mustahil bagi golongan minoriti untuk menjadi penentu politik sesebuah negara. Jika niat mereka ini diteruskan juga akan berlakulah keadaaan ketidakseimbangan dalam masyarakat. Lihatlah apa yang berlaku di negara Yahudi dan kelompok yang seumpama dengannya di merata dunia. Kewujudan mereka pastinya mengundang masalah apabila mereka mahu menjadi penentu dan peneraju walaupun mereka adalah minoriti. Agak mustahil tidak ada orang Jepun atau keturunannya berada di bumi China begitu juga sebaliknya. Kenapa tidak berlaku kekecohan? Jawabnya mereka sedar bahawa mereka adalah minoriti dan mesti meghormati yang majoriti.
Adalah membuang masa apabila kita terlalu melayani kehendak mereka yang tidak dapat diterima oleh kumpulan majoriti. Tidak menjadi halangan jika mereka ingin mengamalkan suruhan agama atau ideologi sesama mereka. Tetapi menjadi masalah besar jika mereka juga mahu mendapat keistimewaan melampaui peruntukan perlembagaan sesebuah negara yang sudah disepakati dan dihormati sekian lama. Kumpulan majoriti pastinya tidak dapat menerima hakikat yang mereka akan diheret dan dipaksa tunduk kepada golongan minoriti. Lebih memeritkan jika usaha mereka tidak disekat pasti suatu hari mereka akan meminta perlembagaan negara juga diubah mengikut kehendak mereka. Sejarah negara kita sudah merakamkan semua peristiwa seperti ini sejak beratus tahun yang silam. Kenapa kita tidak mempelajari daripada sejarah yang telah ada sekian lama?
Apa perlunya kita tunduk kepada golongan minoriti sehingga kita sanggup menggadaikan agama, bangsa, maruah dan negara tercinta? Tidak salah kita menerima apa-apa cadangan daripada mereka asalkan ia adalah suatu keperluan bersama. Kita hanya disuruh berusaha manakala kejayaan atau kegagalan adalah kerja Allah Taala yang menentukannya. Biarlah kita bertindak dalam ruang yang dibenarkan untuk kita.
Akhirnya dipohon kepada para pemimpin politik negara agar banyak bermuhasabah dengan hati yang tulus ikhlas lagi tawadhuk di atas peristiwa yang berlaku di gereja Methodist baru-baru ini. Mahukah para pemimpin melihat perpecahan kita hanya untuk menjaga keharmonian dan satu dua undi daripada kelompok minoriti ini tetapi sedikit demi sedikit kita akan kehilangan mahkota dan agama yang menjadi teras kehidupan kita selama ini.
Mungkin tindakan kita boleh menggembirakan kumpulan minoriti ini tetapi dalam masa yang sama kita kehilangan segala tumang, pasak dan alang yang selama ini menyokong kekuatan binaan kita. Jangan pula kita tumpang mempopularkan teori pragmatik sehingga tergadai segalanya. Kembalilah kepada surah Alkafirun, “Lakum diinukum waliyadeen”. Kita masih menanti dimana suatu ketika nanti berbondong-bondong orang akan memasuki jamaah kita apabila kemenangan tiba. Bukan pula kita melihat berbondong-bondong orang meninggalkan kita malah agama yang dicintai disebabkan kita terlalu pragmatik untuk mendapatkan kuasa.
Oleh: pidadua

No comments:
Post a Comment