Sunday, August 21, 2011

Meniaga Bagi Makan Orang Tak Posa dah 3tahun tapi tak kena tindakan lagi..mana JAIK nie...lena kaa???

Tak daya beri teguran



PADANG PUSING – “Kami sakit mata, tolong lapor Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK)” itulah kata-kata beberapa penduduk kampung Bukit Murai di sini, yang tidak mahu terus melihat sebuah keluarga di kampung terbabit meneruskan jualan nasi kepada umat Islam yang tidak berpuasa.



Difahamkan, jualan nasi di rumah itu dijalankan hampir tiga tahun, namun penduduk tidak mampu berbuat apa-apa kerana teguran yang dilakukan tidak diendahkan keluarga terbabit.



Penduduk kampung yang hanya mahu dikenali Mat terus melaporkan gejala itu kepada media



“Jualan nasi di rumah itu sudah tiga tahun dan banyak teguran dilakukan, namun tidak berkesan menyebabkan penduduk kampung bertindak melaporkan masalah ini kepada Sinar Harian dan biarlah masalah ini sampai kepada pihak Jabatan agama Islam,” katanya.



Mat berkata, keluarga terbabit menyediakan pelbagai jenis juadah dalam rumah untuk pilihan pelanggan yang datang, namun hidangan yang berlebihan akan dibawa untuk dijual di bazar Ramadan.



“Sepanjang pemantauan penduduk kira-kira jam 12 tengah hari hingga jam 2.30 petang, rumah itu akan dikunjungi pelanggan dan saya difahamkan ada yang makan dalam rumah itu dan ada yang membeli secara bungkus,” katanya.



Mat berkata, penduduk berharap masalah ini dapat diselesaikan memandangkan penduduk tidak terdaya lagi untuk menegur keluarga terbabit kerana bimbang teguran itu akan menyebabkan berlaku pergaduhan.

1 comment:

  1. kegagalan melaksanakan "tiada hiburan dibulan Ramadhan" dipremis perniagaan orang bukan Islam telah diberi sebab sebabnya (yang mungkin bolih diterima hujahnya).

    kes macam di posting ni Kerajaan PAS Kedah nak jawap macam mana pula.apa pula justifikasi yang akan digunakan.



    ***di gunakan perkataan Kerajaan PAS Kedah kerana nisbah EXCO nya yang memberi gambaran bahawa PAS yang menguasai Kedah .

    ReplyDelete