'Terpulang kepada Pas tentukan calon MB'

ALOR SETAR - Sesiapa saja pemimpin Pas dipilih menjadi Menteri Besar Kedah tidak penting terpulang kepada kepimpinan Pas sendiri untuk menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, Kerajaan Negeri sekarang dilihat lebih suka membuat kenyataan gimik tetapi tidak ada pelaksanaan projek untuk pembangunan rakyat.
Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu berusaha sendiri melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat kerana kebanyakan peruntukan untuk pembangunan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Saya tidak mahu campur soal siapa yang layak menjadi Menteri Besar, terpulang kepada kepimpinan Pas, nak tukar siapa, mereka nak pilih siapa paling sesuai, itu tidak penting.
“Apa yang penting soal pembangunan kerana Kerajaan Negeri dilihat lebih menumpukan kepada perkara-perkara lain seperti membuat slogan, kain rentang, poster ucapan dan sebagainya tetapi soal pembangunan tidak ada,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan-jabatan Persekutuan di sini, semalam.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berkata, rakyat di negeri ini disarankan membuat satu jadual untuk menilai sejauh keprihatinan pihak kerajaan sama negeri atau persekutuan kepada mereka sewaktu mengagihkan bantuan apabila ditimpa bencana.
“Sekiranya Kerajaan Persekutuan yang menghulurkan bantuan mereka akan memberikan markah begitu juga dengan Kerajaan Negeri namun sekiranya keadaan sebaliknya berlaku markah tidak diberi.
“Saya percaya dengan cara itu mereka akan dapat menentukan pihak mana yang sepatutnya dipilih untuk menerajui kepimpinan negeri dan negara supaya kebajikan serta pembangunan dapat dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir semalam supaya anggota Exco Datuk Amiruddin Hamzah menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak sihat.

No comments:
Post a Comment