KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah yakin sokongan orang Melayu terhadapnya tidak terjejas berikutan kontroversi yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) berhubung isu Mat Indera dan Bukit Kepong.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, apa yang ditimbulkan oleh Mat Sabu adalah sekadar pandangannya selaku ketua parti politik, dan terpulang kepada pihak lain untuk menyanggah pendapatnya.
“Sokongan orang Melayu tidak merosot hanya disebabkan perkara itu. Malah sokongan bukan Melayu kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di Kedah saya dapat lihat transformasi ini berlaku dan yakin ia turut berlaku di negeri lain,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Pas Kedah di Kompleks Pas Kedah, semalam.
Menurutnya, sepatutnya pengkaji sejarah mahupun pihak luar mengulas kenyataan Mat Sabu berdasarkan aspek akademik dan bukannya emosi tetapi sebaliknya beliau dikecam tanpa diberi peluang memperjelas kenyataannya.
“Saya juga pelik apabila ada profesor dakwa negara kita hanya dijajah dua hari, Kalau begitu saya ada bukti untuk sangkal dakwaan itu, sebab sijil lahir saya dikeluarkan oleh Kerajaan Siam di Kedah pada 1944, iaitu Thai Saburi. Ini fakta sejarah, pengkaji sejarah kena kaji dan buktikan apa sahaja dakwaan,” katanya.
Mengulas mengenai gambar Mat Sabu yang dibakar beberapa organisasi di Tampin kelmarin, Azizan berkata, pihaknya tidak setuju dengan cara itu yang disifatkan seperti tidak matang.
“Saya tak setuju buat cara itu, terlalu emosional sedangkan Mat Sabu hanya lontarkan idea, mereka juga kena bertindak cara sama, bukan dengan bakar gambar seperti itu,” katanya.
Mengulas mengenai sekumpulan 50 penyokong Pas tegas menyertai Umno di Kuala Nerang Jumaat lalu, Azizan berkata, terlalu awal untuk pihaknya menilai sama ada sokongan terhadap Pas merosot kerana perkara itu adalah biasa.
“Cerita orang masuk Umno atau keluar parti ini biasanya heboh, terutama menjelang pilihan raya umum. Kita dengar banyak yang masuk Umno tetapi Pas menang juga di beberapa kawasan. Masih awal untuk kita nilai,” katanya.

No comments:
Post a Comment