ALOR SETAR, 7 September - Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberi jaminan akan menyelesaikan kemelut tarif air di Kulim Hitech kerana tidak mahu membebankan kilang-kilang yang beroperasi di situ di samping terpaksa ikut kehendak dan peraturan pihak lain.
Ini berikutan Kerajaan Negeri telah mewujudkan Syarikat Air Darulaman (SADA) sekaligus pengkorporatan ini tidak dapat elak kenaikan taarif air sebanyak 10 sen bagi semester padu.
Sehubungan itu timbul rasa tidak puas hati dan keengganan beberapa firma di Kulim Hitech untuk menjelaskan taarif air kilang mereka yang beroperasi di situ.
“Lima tahun dulu ada perjanjian antara Jabatan Bekalan Air dengan pihak Kulim Hitech mengenai pengurangan taarif air (rebat),” katanya.
Selepas dua tahun pemerintahan bertukar tangan, perkhidmatan bekalan air telah di korporatkan atas nasihat Suruhanjaya Air Negara (SPAN) yang melibatkan semua negeri di Malaysia.
Beliau mengulas soalan wartawan, terdapat beberapa kilang di Kulim Hitech yang enggan melunaskan bil air yang tertunggak.
“Lima tahun dulu kerajaan negeri setuju nak bagi pengurangan. Perjanjian itu akan berakhir pada 2012. Mulai bulan 10 tahun 2010 masalah air jadi isu yang perlu disegerakan bukan kerana Kerajaan Negeri tapi campur tangan Kerajaan Pusat melalui SPAN dan PAAK.
“Di sinilah SPAN mengatakan kalau kita tak naik harga air kita tak mampu nak bayar hutang kepada SPAN. Sebab itu Kulim Hitech terlibat dengan SPAN bukan dengan Kerajaan Negeri sahaja. Kita sedang berunding dengan SPAN supaya timbang semula bab ini,” katanya.
Beliau juga menegaskan masalah ini tidak boleh dibebankan kepada Kerajaan Negeri sahaja. Ini adalah masalah bersama berikutan Kerajaan Negeri terikat dengan SPAN.
“Tak boleh satu perkara dibebankan kepada Negeri sahaja. Negeri terikat dengan SPAN, arahan dia. Sekiranya air jadi hak Negeri bolehlah. Sekarang terlibat dengan Pusat. Sepatutnya kelmarin mesyuarat fasal ini tapi ditangguh,” katanya.
Menurutnya bukan semua kilang di Kulim Hitech enggan membayar, hanya firma-firma yang melibatkan pelaburan dari Jepun sahaja, yang dari Amerika melunaskan bil mereka ikut tarif yang ditetapkan.

No comments:
Post a Comment