Monday, September 12, 2011

Lingkop Negara Jika Ada Ahli Akademik Yang jenis 'JILAT PUNGKOQ'

'Tak nak' ahli akademik kelirukan masyarakat

Oleh Thean Soon Fatt



'Tak nak' ahli akademik kelirukan masyarakat

Saya tertarik dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Beliau dengan mudah sekali mematahkan hujah-hujah Profesor Khoo Kay Kim dan Profesor Zainal Kling.

Nampak sangat terdapat orang-orang akademik yang cuba menggilap kasut pemerintah sambil menonjolkan hujah-hujah yang begitu rapuh lagi keliru.

Ahli-ahli akademik ini sanggup menyalahgunakan gelaran dan kedudukan mereka untuk mengelirukan fikiran rakyat. Bagi mereka, ilmu bukan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran tetapi alat untuk mencari nama dan kedudukan.

Trend ini amat menyedihkan kita semua, kerana tatkala orang-orang politik bercakap tak tentu arah, kita berharap sekurang-kurang ahli-ahli akademik boleh bertindak dan bercakap jujur untuk memimpin haluan fikiran masyarakat.

Tetapi, harapan kita tidak boleh menerima sahaja kerana orang akademik juga boleh sesat. Mereka bukan lagi melambangkan “hati kecil” masyarakat tetapi lebih menonjolkan sebagai jurucakap kerajaan pemerintah.

Sebagai rakyat biasa, kita merasa amat kecewa dan hendak dihentikan semua perbuatan-perbuatan yang anti-ilmiah serta-merta. Oleh itu, kita jangan berdiam diri, sebagai penonton semata-mata.

Kita berhak menyuarakan pendapat sungguhpun kita bukan ahli akademik. Kita perlu berani tampil ke depan dan katakan “tak nak” kepada ahli-ahli akademik yang tidak jujur.

Penghormatan adalah sesuatu yang dianugerahkan bukannya boleh dituntut. Jadi jikalau ahli-ahli akademik berlakuan tidak akademik dan tidak jujur, marilah kita bangun ramai-ramai katakan “tak nak”. Kita tak nak ahli-ahli akademik yang boleh mengelirukan fikiran masyarakat.

No comments:

Post a Comment