Sunday, September 11, 2011

Petani menggesa MADA baiki jalan depa..!!!

Tidak mampu keluar kos sendiri

PENDANG – Sejumlah 400 penduduk kampung Majapahit di sini menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) membaiki kerosakan jalan kampung terbabit.

Sinar Harian difahamkan oleh penduduk kampung itu bahawa jalan utama kira-kira hampir dua kilometer memasuki kampung itu mengalami kerosakan hampir setahun, namun tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan tidak sempurna seperti yang diharapkan penduduk.

Difahamkan lagi jalan itu dibina oleh penduduk kampung kira-kira tahun 50-an lagi dan kemudiannya diturap dengan tanah oleh Pejabat Daerah Pendang seterusnya jalan itu diturap dengan tar sepenuhnya oleh Mada dan kemudiannya mengalami kerosakan.

Penduduk, Mohd Shubri Awang, 47, berkata, jalan itu mula rosak ketika projek Mada iaitu pembinaan ban sungai A3 kawasan itu, namun pihak berkenaan sepatutnya bertanggungjawab mengenai kerosakan berkenaan dengan membaiki sepenuhnya.

“Penduduk di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Mada atas tindakan menurap dengan batu sepanjang laluan yang rosak itu, namun tindakan itu tidak mencukupi dan tidak selesa bagi penduduk di sini.

“Pihak berkenaan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya menurap jalan itu demi keselesaan penduduk kerana keadaan jalan sebelum ini adalah baik,” katanya.

Sementara itu, bagi Hamid Awang, 50, penduduk tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan untuk menurap jalan itu kerana kos penurapan tinggi.

Katanya, laluan itu adalah jalan utama penduduk kampung Majapahit dan juga sering digunakan oleh penduduk dari Kampung Charok Kudung, Kubang Teradih, Lubuk Getah, Paya Sulaiman, Kampung Durian dan Bukit Kechik.

“Setiap hari jalan ini penuh dengan pelbagai kenderaan yang sering melaluinya termasuk guru yang mengajar di sekolah berhampiran kampung ini.

“Keadaan jalan semakin becak dan berlubang teruk terutamanya musim hujan menyukarkan orang ramai terutamanya penduduk kampung,” katanya.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) kawasan terbabit, Yoob Awang berkata, pihaknya meminta Mada dapat mengambil tindakan dengan segera demi kemudahan penduduk kampung ini kerana tidak mahu berlaku sebarang kemalangan.

“Saya pernah jatuh ke dalam tali air pada jam 12 malam akibat jalan ini rosak teruk dan banyak lagi kemalangan yang berlaku terhadap penduduk. Saya tidak mahu perkara ini terus berlaku kepada penduduk,” katanya.

1 comment:

  1. tanya la dhir kahlid pi mana duit MADA tu. yang aku tahu adiknya pakai HArrier tasa nama Cina supplier letrik PHD99 kalau tak percaya check dengan JPJ , yang kerabatnya dijabi tu pakai CRV, mat kang jangan kata rumah dikampung bhukit dikatakan hampir 400k itupun belum siap, Khir pokok sena komtarktor , rumah saya 400k keatas, ini pengerusi MADA BN , tuhampa dok sokong lagi , yang depa tak kira halah haram , yang sorang lagi seoang pencen cikgu dari kg sg durian pokok sena, zaman tahun 83 kami diarahkan ke surau Sek Men Keb Pokok sena disemaikan sengat bencikan kaum lain dipaksa menyanyi anak kechilmain pai, akhirnya dia superstar Hadyai sehingga dipecat oleh USIMA , orang suruh pi tengok projek dia seberang, maka bercerai talak tiga dengan USIMA>

    ReplyDelete